TUTORIAL MICROSOFT WORD: Cara Menggabungkan Orientasi Portrait & Landscape dalam 1 Dokumen

by - March 15, 2017



DI BAHAGIAN BAWAH POST INI DISERTAKAN TUTORIAL DALAM BENTUK VIDEO

Apa itu orientasi portrait dan landscape?
Orientas Portrait – Kertas Menegak
Orientas Landscape – Kertas Melintang







LANGKAH 1 : Klik pada muka surat sebelum muka surat yang anda ingin ubah orientasinya . Contoh dalam situasi yang diberikan, anda ingin mengubah orientasi Muka Surat 2 menjadi Landscape. Jadi, anda perlu Klik Pada Muka Surat 1. (Sila rujuk Gambar 2)

Gambar 2 : Klik Muka Surat 1


LANGKAH 2 : Klik Tab Page Layout.  (sila rujuk Gambar 3)
Gambar 3 : Tab “Page Layout”



LANGKAH 3 : Klik simbol Anak Panah Kecil di tepi sebelah kiri (bawah) Kumpulan Page Setup. ( sila rujuk Gambar 4) . Kemudian akan keluar tetapan “Page Setup” (rujuk Langkah seterusnya)
Gambar 4


LANGKAH 4 : Pada Bahagian ‘Orientation’ klik “Landscape” . Pada Bahagian ‘Apply to:’ ubah jadi “This point forward” . Kemudian klik butang OK . (sila rujuk Gambar 5)
Gambar 5



LANGKAH 5 : Orientasi Muka Surat 2 dan muka surat seterusnya berubah menjadi Landscape. Muka surat tambahan akan muncul secara automatic. Jangan risau, anda boleh delete dengan cara tekan butang keyboard "Backspace"/ “Delete” sehingga muka surat hilang.




LANGKAH 6 : Ubah Muka Surat 3 menjadi Potrait. Klik Muka Surat 2 dan Ulang Langkah 2 hingga 4. Kali ini ubah “orientation” menjadi “Portrait”;  ‘Apply to: This point forward.


SIAP!
SELAMAT MENCUBA



VIDEO TUTORIAL:


You May Also Like

1 comments

  1. Thank you for sharing Arbaya Az. Baru ja dibuat tadi. Membantu sgt.

    ReplyDelete