Bukit Perahu Tamparuli | Sabah

by - April 25, 2017


Bukit Perahu terletak di Tamparuli, Sabah, Malaysia. Jika anda belum pernah ke sini, Starting Point Bukit Perahu terletak 700 meter dari Pekan Tamparuli. Anda masuk simpang Kanan sebaik melintasi Jambatan Tamparuli (sebelah Jambatan Gantung Tamparuli)





GOOGLE MAP (Kedudukan Bukit Perahu) , boleh cari "Bukit Perahu Giking Trail"


Untuk enty kali ini, saya ingin berkongsi beberapa gambar laluan dan pemandangan di puncak Bukit Perahu. Laluan seperti jalan raya (kecil) berbatu pada permulaan, Laluan bertangga (pertengahan) dan Laluan biasa sempit, agak licin (sebab tidak ada batu) pada penghujung bukit. Anda boleh sampai puncak dalam masa 20 minit hingga 1 jam 30 minit bergantung kepada stamina.

Tarikh mendaki? 24/4/2017 (Isnin) semasa Cuti Umum. Team kami ada 8 orang semuanya. Kali ini saya bawa anak buah umur 5 tahun mendaki Bukit Perahu.

Bah. Mari layan gambar laluan dan view Bukit Perahu, Tamparuli

Kawasan Parking tepi jalan. Ramai sangat orang hiking maklum lah cuti umum kan...


OK. ini starting point hiking ke Puncak Bukit Perahu ada signboard " Puncak ST.Veronica"





Laluan permulaan OK, macam jalan raya berbatu tapi kecil lah..

OK, ini laluan pertengahan yang sangatlah mencabar. laluan tangga yang paling panjang!
Bagi mereka yang pernah ke Bukit Padang, laluan tangga Bukit Perahu ni lagi lah sukar!


Seram saja tengok tu laluan tinggi betul!

Jarak dianara anak tangga yang agak jauh. Langkah Mat Salleh ni ging.
Nah, tu la anak buah yang saya bawa. Boleh tahan juga mo hiking sambil sorong kadang kadang mengangkat dia juga. Tagap terusss~~



Saya tidak dapat snap gambar yang banyak di laluan tangga ni, sebab sibuk jaga tu anak buah.
Laluan tangga ni sangatlah panjang, kalah laluan tangga di Bukit Padang.




Never stop fighting until you arrive at your destined place 



Rehat Sekejap, ambil gambar view di lalaun tangga


Ramai orang ~





Nah. Ni la sesi dukung mendukung (Gambar ehsan dari Wiwien)


(Gambar ehsan dari Wiwien)



(Gambar ehsan dari Wiwien)



Duduk rehat di atas batu, kasi minum dulu di Bos 


Minta kena kasi gambar konon sama Dinasor . Saya tidak tau pula dia menapau Dinasor sampailah kami duduk di batu ni. Sekali cek poket ada juga kereta mainan.


Berehat di pondok

OK. ini last laluan bertangga

OK. laluan biasa sudah. Sikit lagi tu sampai puncak

Snap View sekejap

Thanx Win & Jue kasi semangat saya punya Bos Kecik.

Nah. Almost there! nampak sudah tu bendera

Fuhhh...


VIEW PUNCAK BUKIT PERAHU

Akhirnya, sampai juga di puncak Bukit Perahu. Nah saya belanja sikit view, Untuk pengetahuan 360 darjah puncak bukit tu boleh nampak pemandangan





Boleh nampak Bukit Kusai dari sini







Gunung Kinabalu pun boleh nampak!

Ha...ini kawasan Puncak dia. Luas ~~

Nah, ada lagi peniaga menjual makanan dan minuman disini
Our Team. Terima Kasih Sis yang tolong snap gambar kami ni .


Setelah berhempas pulas memimpin , mengangkat dan sikut ini Boss.
.akhirnya sampai juga kami di Puncak!

Yeah!



Dinasor pun sampai juga

Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu
Terima Kasih Sis yang snap gambar kami ni~


Yo busss~~~ jumpa lagi kita di entry yang lain. Kbaiii

Terima Kasih buat Jue sudi menjadi Guide kami ke Bukit Perahu. Jumpa lagi kawan baru =)

Boleh check Gambar-gambar Bukit lain pula (klik ja nama bukit tu):

You May Also Like

0 comments