Matanoi Hill | Apin-Apin, Keningau, Sabah

by - June 29, 2018


Matanoi Hill / Bukit Matanoi terletak di Apin-Apin, Keningau Sabah. Apa yang menarik di Bukit ini? Bukit ini merupakan salah satu pilihan tempat menarik untuk Tahun Melawat Keningau 2018. Terdapat beberapa props menarik terutamanya di Puncak, sesuai untuk yang kaki foto. Tidak percaya? bah, pigi tingu sendiri. Bukit Matanoi ini sentiasa dijaga oleh pihak Pengurusan mereka. Tahniah!





LOKASI Bukit Matanoi boleh rujuk dalam Google Map / Rujuk Gambar dibawah



Terdapat 3 laluan untuk sampai ke Puncak Bukit Matanoi iaitu Gate A, B dan C. Anda boleh sampai ke Puncak dalam masa 5 hingga 15 minit bergantung pada stamina anda.

Gate A : Laluan sangat curam dan bertangga (Sesuai untuk mereka yang suka laluan mencabar).
               Laluan A tidak digalakkan untuk mereka yang gayat/sakit

Gate B : Laluan santai-santai, sesuai untuk semua golongan/ beginner 

Gate C : Laluan agak licin, tidak bertangga . Laluan ini jarang dilalui oleh pengunjung. Tidak digalakkan ikut laluan ini kalau hujan.

YURAN/FEE
Dewasa : RM 3
Pelajar : RM 2
Kanak-Kanak : RM 1 (7 tahun ke bawah)
Pelancong Asing/ Foreigner : RM10

WAKTU OPERASI / OPERATIONAL HOURS : 6am - 6pm

Tarikh saya mendaki : 24/06/2018 (Kali ke-4)

LOKASI BUKIT MATANOI

Jalan masuk ke Apin-Apin (Arah dari Pekan Keningau)

Simpang Masuk ke Bukit Matanoi / Bukit Trig. Anda akan lalu Balai Polis dan Sekolah . Bukit Matanoi 3.6KM dari simpang masuk diantara Dewan dan Kedai runcit ini.

Ini Starting Point Bukit Matanoi. Sila bayar yuran di Kaunter Pendaftaran. Kalau dahaga/lapar boleh membeli di gerai

Starting Point.Boleh Pilih Laluan

Welcome to Bukit Matanoi


LALUAN GATE A


Laluan Gate A : Curam kan? Terus naik atas....sesuai untuk yang suka laluan mencabar

Laluan Gate A



Laluan Gate A

Jangan Pandang belakang....curam gaiisss.....



PUNCAK BUKIT MATANOI

Ha...ini lah Puncak Bukit Matanoi

Props Topi tu sudah kena ubah, boleh duduk sudah sambil berteduh.

"Jika kita mampu bersyukur dengan apa yang kita ada, Kita tidak akan risau dengan apa yang bukan milik kita"


"It's better to walk alone than with a crowd going in the wrong direction"


"Merelakan bukan bererti menyerah,tapi menyedari ada hal yang tidak bisa dipaksakan..."





" Hidup kadang rumit, ada masalah datang, ada ujian yang hadirnya menguras banyak fikiran. Mau mengeluh tapi malu saat ingat bahawa Kurnia-Nya jauh lebih besar daripada rasa lelahku"

Yang ni Props Sarang Burung, kalau dulu 1 ja, sekarang ada 3. So, tidak perlu mereput tunggu giliran mau bergambar. haha

"Mata tidak salah melihat.Hatipun tidak salah untuk merasakan.Setiap kali melihat ciptaan-Mu aku bahagia"



Pemandangan Hijau Puncak Bukit Matanoi. Sunggu indah Ciptaan Yang Maha Esa

Props di Puncak Bukit Matanoi

Boleh santai-santai gaiiss...

Macam ni pun boleh.


Kalau mau turun Bukit anda "Wajib" lalu di Laluan Gate B. Kenapa? sebab ada lagi Props menarik di Laluan B 

Ha..ni Props yang terdapat di Laluan Gate B.

Props Buaian.

"Walaupun hidup tidak seperti kita inginkan, tapi Allah itu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..."

Props bentuk Love

Duduk bergambar macam ni pun boleh. ahaha

Begini pun boleh. Suka hati kamu la kan..yang penting jangan kasi rosak tu props

Ini Props belum siap. Menurut kakak di Kaunter tu, Ini adalah Props Perahu ala-ala macam di Indon tu..

Laluan Gate B

Laluan Gate B : Penat? boleh santai duduk sambil layan pemandangan hijau

Tong Sampah pun unik. Mohon sampah tu buang di dalam tong sampah yang telah disediakan

Laluan Gate B. Kalau bergambar sini cantik.Ada frame macam bamboo 

Laluan Gate B
Laluan Gate B

Air dari Bukit. Sejuk . Bunyi yang sangat mendamaikan. Boleh jumpa 3 'spot' yang macam ni di Laluan B

Ini Pintu Masuk Ke Gate B

LALUAN GATE C - Gambar Laluan Gate ini diambil Pada Januari 2018

Laluan Gate C

Laluan Gate C


Laluan Gate C

Laluan Gate C

Laluan Gate C
-----------------------------------------------------------------------------------------

Antara yang menarik di Bukit Matanoi: Pokok ada tag nama. Sambil mendaki boleh belajar kenal pokok


Antara bunga bungaan yang ditanam di Bukit Matanoi

Antara bunga bungaan yang ditanam di Bukit Matanoi

Menarik....

Kawasan tempat letak kenderaan

Apa yang lagi menarik di Bukit Matanoi ni? Bermula 1 Julai 2018, akan dibuka Rabbit Garden bedekatan dengan Kaunter Pendaftaran Bukit Matanoi.

Rabbit Garden (Sumber Gambar dari Facebook Bukit Matanoi)
Rabbit Garden (Sumber Gambar dari Facebook Bukit Matanoi)
Facebook Rasmi Bukit Matanoi : https://www.facebook.com/Bukit-MatanoiKeningau-Sabah-194432607796764/


Boleh check Gambar-gambar Bukit lain pula (klik ja nama bukit tu):

You May Also Like

0 comments