Cara Memohon Lesen Berniaga (Makanan&Minuman)

by - March 21, 2022

 
Hi, dalam tulisan post kali ini, saya akan kongsi bagaimana cara memohon LESEN BERNIAGA bagi PENIAGA MAKANAN DAN MINUMAN. Post ini khusus untuk bakal peniaga kawasan Keningau, Sabah. Kaedah atau syarat-syarat mungkin sama atau berbeza daripada Daerah/Negeri yang lain.
Lesen ini untuk pengusaha restoran/warung, kantin/RMT Sekolah, juga peniaga dari rumah dsbg.

Dalam post ini saya kongsi:
1) Cara dan Syarat Permohonan Lesen berniaga MAKANAN& MINUMAN
2) Cara dapatkan KAD KESIHATAN/KAD KUNING
3) Cara dapatkan SUNTIKAN TIFOID ( Suntikan untuk pengendali makanan)
4) Lokasi urusan untuk perkara (1) - (3)


SYARAT MEMBUAT LESEN BERNIAGA (MAKANAN & MINUMAN)
Pemohon harus menyediakan 2 dokumen penting iaitu :
1) Salinan Kad Kesihatan/Kad Kuning 
2) Salinan Kad Pengenalan (Disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara(JPN))
Kemudian, hantar bersama Borang Pendaftaran Lesen Berniaga & Bayar RM25


CARA DAPAT BORANG PENDAFTARAN LESEN PERNIAGAAN
- Borang pendaftaran perlu diambil di Pejabat Daerah, anda boleh bertanya kepada Petugas di depan kaunter Pejabat Daerah tempat mengambil borang.
- Sediakan RM2 untuk borang pendaftaran tersebut
- Sekiranya anda mempunyai 2 dokumen seperti dalam syarat anda boleh isi dan terus hantar
- Bayar RM25 untuk pendaftaran Lesen Berniaga
- Sekiranya borang selesai dihantar, anda perlu kembali semula untuk mendapatkan Lesen tersebut pada hari yang telah ditetapkan. Maksudnya, Lesen tersebut tidak disiapkan pada hari yang sama.
- Petugas akan memberikan anda resit pembayaran. Sila simpan untuk proses tuntutan lesen
- Lokasi Pejabat Daerah : https://goo.gl/maps/kUEUG4HHDre8QA3T9

Pejabat Daerah Keningau


TIDAK ADA KAD KESIHATAN/KAD KUNING? 
Mari, saya kongsi cara dapatkan Kad Kesihatan tersebut. Ikut langkah-langkah ini:
1) Sediakan 2 'dokumen' penting iaitu:
      a) Salinan Kad Pengenalan
      b) Gambar berukuran passport
      NOTA : kalau mau mohon untuk sekali untuk pekerja/keluarga yang membantu anda berniaga pun boleh
2) Sediakan RM2 untuk yuran
3) Pergi ke pejabat Majlis Daerah, tingkat 1 (Jika anda ragu-ragu, sila bertanya pada petugas di bangunan tersebut)
4) Isi borang yang diberikan & hantar semula ke kaunter
5) Kad kesihatan boleh dapat pada hari yang sama atau ikut ketetapan daripada pengurusan.
Lokasi Majlis Daerah Keningau https://goo.gl/maps/wY6qTrqfjPyRQjWQ9
(berdekatan McDonald's Keningau)

Borang Permohonan Kad Kesihatan
Borang Permohonan Kad Kesihatan

Kad Kesihatan /Kad Kuning

TUNGGUUUU.....BELUM SELESAI URUSAN KAD KESIHATAN!!!
Setelah Kad Kesihatan siap, anda perlu Mendapatkan SUNTIKAN IMUNISASI TIFOID untuk Pengendali Makanan (Peniaga & Pekerja). Petugas di tempat anda mengambil Kad Kesihatan akan memaklumkan tempat mendapatkan suntikan.

CARA DAPATKAN SUNTIKAN TIFOID (Post ini khusus untuk Daerah Keningau)
- Suntikan untuk pengendali makanan perlu diambil di Klinik Kesihatan Lama Keningau (di Klinik Pergigian Keningau).
   LOKASI GOOGLE MAP : https://goo.gl/maps/WPRHXCXyyXbi8BKh9
- Bagi Daerah lain,sila bertanya kepada petugas di Majlis Daerah semasa anda memohon Kad Kesihatan,lokasi tempat suntikan tersebut.
- Jadual hanya seminggu sekali iaitu pada hari JUMAAT (2 petang)
- Yuran suntikan : RM60 (Sediakan wang kecil)
- Setelah selesai mendapatkan suntikan, Kad Kesihatan anda akan disimpan
- Perlu tunggu seminggu untuk mendapatkan Kad semula. (Sila rujuk gambar dibawah lokasi/kaunter mendaptakan Kad)
- LOKASI/TEMPAT AMBIL SUNTIKAN (Sila rujuk gambar-gambar dibawah):

Parking diluar. Masuk melalui Pagar Keluar Klinik Lama/Klinik Pergigian Keningau

Jalan tempat anak panah tu




Sila bawa bersama Kad Kesihatan yang diperolehi daripada Majlis Daerah dan Yuran suntikan RM60



KAD KESIHATAN BOLEH DITUNTUT SEMINGGU SELEPAS SUNTIKAN.
Kaunter tempat ambil Kad Kesihatan seperti gambar di bawah:



Ketuk perlahan sliding door comel tu.
cakap bagus-bagus, "saya mau ambil kad kesihatan" bilang. hoho



Setelah urusan Kad Kesihatan selesai, anda perlu lah fotocopy/Photostat Kad tersebut bersama Salinan Kad Pengenalan anda yang disahkan oleh JPN. Kemudian hantar bersama borang permohonan Lesen di Pejabat Daerah.

NOTA : untuk Daerah Keningau, JPN terletak di bangunan UTC Keningau.

RINGKASAN YURAN :
1- Borang Pendaftaran Lesen - RM2 (Pejabat Daerah)
2- Yuran Pendaftaran Lesen Berniaga - RM25 (Pejabat Daerah)
3- Yuran Kad Kesihatan - RM2 (Majlis Daerah)
4- Suntikan Tifoid - RM60 (Klinik)
* Harga mungkin berubah dari masa ke semasa.

Harap perkongsian ini bermanfaat tuntuk anda

You May Also Like

0 comments