[Microsoft Office] Compress Gambar untuk Email

by - February 16, 2017


Compress Gambar/File untuk Microsoft Office Word/ Power Point. 


Mungkin anda pernah menghantar email disertakan dengan lampiran dokumen/fail tetapi terlalu besar. Selalunya fail besar disebabkan TERLALU BANYAK GAMBAR dalam dokumen tersebut atau SAIZ GAMBAR yang anda masukkan terlalu besar.



Anda mungkin pernah juga mencuba dropbox/google drive untuk share dokumen MsWord/Power Point, tetapi si Penerima tidak dapat download kerana file terlalu besar (mungkin line si Penerima KO menyebabkan beliau sukar download). Kadang-kadang ada Penerima yang keras kepala mau share dokumen tersebut melalui mail sahaja. haha

Salah satu idea untuk kecilkan saiz fail/dokumen tersebut adalah dengan cara "Compress Picture" supaya anda senang hantar email atau kongsi secara online melalui mana-mana aplikasi. Si Penerima pun senang download fail tersebut

Beriku adalah cara-cara compress gambar dalam MsPower Point atau MsWord:

Langkah-langkah Compress Picture dalam MsPower Point atau MsWord

1) Klik Gambar
2) Klik Tab "Format"
    [ NOTA : Tab 'Format' hanya muncul jika anda klik gambar' ]
3) Klik "Compress Picture"
4) Tick pilihan yang berkenaan di bahahagian ‘Compress Pictures’
Apply only to this picture
Tick jika anda ingin ‘compress’ gambar yang anda klik di Langkah 1 tadi. Untick jika ingin compress semua gambar dalam slide/ dokumen tersebut

Target Output:
Screen (150 ppi) 
Kualiti gambar lebih baik berbandaing “Email (96 ppi)” . SAIZ FAIL lebih besar berbanding “Email (96 ppi)”, lebih kecil daripada saiz asal fail/dokumen

Email (96 ppi)
Kualiti gambar agak kabur sedikit. SAIZ FAIL lebih kecil berbanding  “Screen (150 ppi)”,dan saiz asal fail/dokumen

Anda perlu ambil kira hasil kualiti gambar selepas Compress Picture

5) Klik OK setelah siap pilih options Compress Picture


PERBEZAAN SAIZ FAIL SETELAH COMPRESS PICTURE

Perbezaan Saiz Fail selepas Compress Gambar

You May Also Like

0 comments