Bukit Merah | Karambunai | Sepanggar | Sabah

by - February 12, 2017


Bukit Merah Karambunai Update APRIL 2019 

Bukit Merah Karambunai terletak di Sepanggar,  Jalan ke Nexus Resort & Spa Karambunai . Boleh search di Google Maps/Waze dengan carian "Bukit Merah Karambunai"




Masa Sampai ke Puncak ? ikut stamina individu tu juga dalam 10 - 30 minit boleh sampai puncak
Yuran : PERCUMA

2019: Bukit Merah kini berwajah baru, banyak props dan trail telah dibaiki. Macam mana wajah terkini Bukit Merah? Boleh layan gambar dibawah. 

Perlu homestay dekat Bukit Merah ni? Boleh stay di Borneo Eco Homestay (Klik nama untuk ke facebook Borneo Eco Homestay)

Pintu Gerbang Karambunai - Starting Point mendaki tidak jauh dari Pintu Gerbang ni di sebelah Kiri Jalan

Inilah starting point Bukit Merah , wajah baru 2019


Ini "Wajah Lama" Bukit Merah, Simpan disini untuk Kenangan (2017)
Parking Kereta di tepi jalan sahaja


STARTING POINT BUKIT MERAH
Masa pertama kali mendaki disini (2017), Bukit ini agak terbiar dan jarang orang hiking disini. Tapi sekarang (2019) tidak seperti dulu, banyak yang berubah

Di starting point ni ada banyak kemudahan disediakan seperti Gerai, tandas, kayu tongkat hiking dan tempat rehat santai-santai selepas dari turun bukit.


Starting Point Wajah baru 2019


Yuran Masuk Hiking Bukit Merah adalah PERCUMA. Tapi pihak pengurusan sediakan tabung sumbangan.
Ada gerai, boleh minum panas-panas juga

Kawasan santai-santai lepas turun dari Bukit



LALUAN KE PUNCAK BUKIT MERAH
Terdapat dua puncak Bukit Merah (Puncak 1 & 2) sepanjang jalan kamu akan jumpa petunjuk jalan. Dicadangkan pergi Puncak 1 dahulu, kemudian baru ke Puncak 2 dan turun ikut laluan dari Puncak 2. Terpulang pada kamu laluan mana mau ikut sebab ada juga laluan ke Puncak 1 dari Puncak 2 sekiranya kamu ikut Laluan Puncak 2 terlebih dahulu. 


Bismillahirahmanirahimm~


Trail baru ni jauh beza dari trail lama lebih terjaga

Trail santai sahaja

Faham? hahaha






Puncak 1 atau 2 dulu? Better Puncak 1 dulu la....terpulang~

Jalan ke Puncak 1 dari starting point






Ha, ni gambar lama Tahun 2017 laluan yang sama

Kemudian jumpa props podium ni, nice ambil gambar disini

Boleh la ambil gambar seolah olah kau berada di Jogja. hahaha

Trail selepas props podium tadi. Jalan bertangga, ada tali juga
Jalan terus, jumpa tempat lapang ni, ada petunjuk jalan juga. Singgah sebentar di Puncak 1 sebelum meneruskan pendakian ke Puncak 2

Trail ke Puncak 1 dari kawasan lapang tadi
Trail sangat santai

Ni la keadaan si Puncak 1. Ada kerusi tempat rehat dan props 'Podium' dan 'Menara'

PEMANDANGAN DARI PUNCAK 1 BUKIT MERAH

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-ganang itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada pula yang hitam pekat" [ Al-Quran, Surah Faatir, Ayat 27 ]
View dia sangat cantik! So, bila mendaki di Bukit Merah ni, jangan skip ni Puncak 1.. rugi!

Puncak 1 ni memang Port paling cantik ambil gambar





Puncak 1 Bukit Merah Karambunai . Kalau bergambar disini DILARANG LAMA LAMA bagi peluang orang lain bergambar, hahaha

Menara Puncak 1
Credit to my photography student for nice shoot

Ha, ini gambar lama 2017, masa kali pertama hiking di Bukit Merah ni, dulu ada bendera saja

2017: Simpan buat kenangan

2017 : Simpan Buat Kenangan

2017 : Simpan Buat Kenangan


OK, lepas puas ambil gambar di Puncak 1 patah balik ke tempat lapang tadi untuk meneruskan pendakian ke Puncak 2. Puncak 2 tidak jauh daro Puncak 1, jalan santai saja bosku~



PUNCAK 1 - PUNCAK 2

Dari Puncak 1 tadi patah balik ke kawasan lapang . lepas tu ikut petunjuk arah jalan ke Puncak 2

trail santai saja~

Props binatang ni banyak di sini , boleh bawa anak-anak hiking bersama. Boleh rapatkan hubungan keluarga

Jalan ni agak tinggi, tapi boleh bah ni kalau kau

HELLO~



Mmuuuaaaahhhhahahaha~

Almost there!

Ni la suasana di Puncak 2 Bukit Merah Karambunai, sangat luas boleh zumba atas ni

Banyak props atas ni
Another props 'podium', lepas bergambar tolong la cepat cepat beredar dari situ ya, ramai lagi orang mau bergambar sana melainkan masa tu tiada orang lain atas Puncak 2 tu. ahahaha


Adik adik pelajar Fotografi saya... Kasi femes disini. ahahhaa
Bagi jelas lagi . hahaha

Nice props~

Ada beberapa props lukisan haiwan di Puncak 2 ni, kamu patut datang tengok sendiri
Props untuk yang pengantin baru, pengantin lama bakal pengantin. Yang single pun boleh. hahaha
'JIKA KAU BISA MERASAKAN DERITA, BERERTI KAU HIDUP. JIKA KAU BISA MERASAKAN DERITA ORANG LAIN, BERERTI KAU MANUSIA'

Trail Turun sama juga, kamu boleh pilih la ikut laluan terus dari Puncak 2 ke Starting Point atauPuncak 2-Puncak 1-Starting Point. Kamu ikut saja tu petunjuk arah jalan. 



Tahniah pihak yang terlibat dalam menaiktaraf trail dan menyediakan props yang cantik buat pengunjung/pendaki di Bukit Merah ni. Yang datang hiking jangan lupa bagi sumbangan dalam tabung tu.


Habis.

Semoga perkongsian ini dapat manfaaat kepada anda terutamanya yang plan mau mendaki di Bukit Merah ini.


Boleh check Gambar-gambar Gunung/Bukit lain pula (klik nama Gunung/Bukit dalam list dibawah ini):
 Lombong Mamut, Ranau
➤ Maliau Basin,Sabah
 Mara Kara Hill, Tamparuli
 Gunung Wakid, Tambunan
➤ Bukit Tuah, Kota Kinabalu
➤ Bukit Balibata, Beaufort
➤ Monggiland Waterfall, Tamparuli
 Aura Montoria, Kota Belud
➤ Mount Trus Madi - Via Sinua
➤ Mount/Gunung Kinabalu
➤ Maragang Hill, Kundasang
➤ Bukit Selomitha, Keningau
➤ Bukit Bongol, Kota Belud
➤ Nulu Kebayau, Telipok, Kota Kinabalu
➤ Bukit Donguan, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Matanoi, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Sosodikon, Kundasang, Sabah
➤ Bukit Boya @ Outward Bound Sabah (OBS)
➤ Bukit Botak @Gundul , Sepanggar
➤ Bukit Nuluh Lapai, Kg Lapasan, Telipok
➤ Bukit Trig, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Kapur, Kg.Rongolis Topokon, Tuaran
➤ Bukit Padang, Kota Kinabalu
➤ Bukit Kopungit, Kepayan

➤ Bukit Merah, Karambunai

You May Also Like

0 comments