Maliau Basin | Sabah's Lost World

by - December 17, 2019

Maliau Basin terletak di antara Nabawan/Sepulut dan Tawau/Kalabakan. Cerita dalam blog ni bukan mau cerita pasal sejarah Maliau Basin (bahahha) tapi lebih kepada cerita trail dan pengalaman saya semasa hiking di Maliau Basin.


MACAM MANA MAU HIKING/TREKKING DI MALIAU BASIN?
Booking awal terus dari Office Maliau Basin atau melalui ejen. Tapi melalui ejen lagi mahal la bhaiiii... Kau kena booking awal bukan main terjah ja kau hiking

BERAPA YURAN HIKING DI MALIAU BASIN?
- Yuran berbeza ikut pakej yang kau pilih la bhaiii...
- Yuran berbeza beza mengikut ejen yang kau pilih juga.  Jangan samakan yuran ni dengan yang kamu dapat.
- Kami bayar anggaran dalam RM650 ntuk pakej 5 Hari 4 Malam (5D4N):
  Pakej ini termasuk :-
  a) Yuran masuk
  b) Penginapan (Studies Centre,Nepenthes Camp & Ginseng Camp)
  c) Guide
  d) Insuran
  e) Sijil

 Tidak termasuk :-
 a) Tambang dari Studies Centre ke Agathis Camp (Starting point)
      Info : Tambang dari Studies Centre - Agathis Camp = RM20 seorang
 b) Makanan & minuman
 c) Porter

KOS KESELURUHAN
Setelah saya kira,semua kos pembaziran untuk trip Maliau Basin kali ini sebanyak RM740 (Yuran dan Kos perjalanan KK-Maliau-KK).

Kalau masuk makan/minum dan barang-barang keperluan mungkin sampai RM900 juga lah. OMG!

OK KA JALAN RAYA MASUK KE MALIAU BASIN?
Jalan besar Nabawan ke Gate Maliau Basin ok tapi kena perlahan lah struktur jalan tidak berapa rata sangat , jalan tar tapi ada part jalan berbatu. Kereta kecil boleh lalu tp slow dan jangan lowered lah.

Jalan masuk dari Gate Maliau Basin ke Studies centre tu sangat ok. Jalan Tar, dulu grabel.

TIPS DAN KEPERLUAN untuk dibawa ke Maliau Basin?
Sepanjang kau layan post ni kau akan jumpa beberapa tips, jangan malas baca. bahahaha
Hujung post blog ni saya bagi list barang-barang yang perlu dibawa

LINE TELEFON OK KA?
TIDAK ADA LINE TELEFON kecuali di Studies Centre itu pun kalau kau bertuah dapat lah line phone. So, sebelum jalan kau kena update dulu dengan family kau lenyap kejap selama 5 hari tu

OK, malas mau cakap panjang, kamu layan lah gambar trail dibawah. Sambil sambil cuci mata saya selitkan tips dan jadual perjalanan

JADUAL/ITINERARY?
Ikut jadual yang Guide bagi sama kamu sebelum pendakian. Mungkin jadual kita tidak sama
Dibawah ni saya sediakan details aktiviti. Layan ja, jangan malas skrol. hahaha


--------- HARI PERTAMA/DAY 1 MALIAU BASIN -----------

Aktiviti Hari Pertama:
- Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Studies Centre . Kos perjalanan ini tidak termasuk dalam pekej yuran tersebut.
- Tidak ada hiking/trekking semasa hari pertama


Yeah ni la Team saya kali ini berjuang di Maliau Basin. Kami semua 16 orang, 4 orang lagi ikut kenderaan sendiri. Kami naik van
4.50PM: Setelah 6 jam perjalanan (termasuk masa beli barang, makan dan solat dalam perjalanan) kami pun sampai di Pintu Masuk Maliau Basin
Sampai di Pintu Masuk ni, kau kena berhenti untuk daftar masuk. Ini bukan tempat penginapan ya, ini baru pintu masuk. Kau kena masuk dalam lagi untuk sampai ke Studies Centre


Dalam perjalanan masuk tu kami terpaksa berhenti sebab ada Family Gajah sedang beriadah di tengah jalan.
TIPS : Kalau jumpa Gajah tengah jalan, kau kena berundur,tunggu sehingga Gajah berlalu pergi. Jangan Hon!kau duduk diam ja dalam kereta tu, faham?! ahahaha
Lamaaaa tau kami tunggu Gajah ni masuk hutan~~~
terpaksa balik balik undur kereta sebab Bapak Gajah tu macam datang 'serang' kereta 


5.58PM : Kami sampai di Studies Centre setelah begitu lama menunggu Gajah berambus.
Sampai sini, kau kena pergi Reception ni untuk isi borang dan juga untuk taklimat
Sila dapatkan borang ini dan isi, jangan jadi penceroboh. hahaha
Lepas isi borang,kami dibawa ke bilik Mini Theater untuk melihat Video berkaitan dengan Maliau Basin dan peraturan sepanjang trekking/hiking
Lepas tengo "Wayang" tadi kami pun lepak diluar dekat Reception tu untuk berkenalan dan cerita dengan Guide
7.13PM : Kami pergi ke Hostel. Kami menginap di Hostel Beluno, Beluno 1 - Lelaki & Beluno 2 - Perempuan
Ha, ni lah Katil dia. Ada cadar,bantal & Selimut. Tidak ada Sabun & tuala disediakan. Sila bawa sendiri ya..
Tandas/Tempat mandi selesa. Lepas mandi & solat, kami pun pergilah Dapur untuk malan malam
Ni la Dapur, berasingan dari tempat tidur tadi.
Di Hostel ini disediakan tempat memasak,pinggan,sudu,mangkuk semua...
Memandangkan kami tidak mengambil pakej makan&minum, kami bawa makanan & masak sendiri sepanjang 5 Hari 4 Malam tersebut. Masak untuk makan malam dan bekalan untuk dibawa hiking esok (hari ke-2)
Makan Malam Hari Pertama. Nasi ni kami tapau di Restoran sebelum sampai ke Maliau.
Kuah Sardin dimasak oleh kawan
Lepas makan,sembang kami pun packing barang untuk 4 hari 3 malam di dalam hutan.
Kami asingkan barang/pakaian yang tidak dibawa ke Nepenthes Camp & Ginseng Camp.
Barang-barang tersebut kami tinggalkan dalam kereta kawan yang bawa kenderaan sendiri
Lepas packing kami pun tidurrrrrr. Tidur sangat lena
INFO : Bekalan eletrik ditutup pada 11 malam



---------- HARI KE-2 / DAY 2 MALIAU BASIN ---------
Aktiviti Hari ke-2
- Solat/Mandi
- Sarapan
- Perjalanan dari Studies Centre ke Agathis Camp (Menaiki Kereta)
- Trekking/Hiking 7.5KM dari Agathis Camp ke Nepenthes Camp


4AM saya terjaga dari tidur, memang tiap hari begitulah jadual bangun saya. Tunggu waktu Subuh.
Lapar macam biasa. Saya cari la roti yang sudah saya siap letak dekat bantal sebelum tidur. Toyol kebuluran.Bahahaha
TIPS : Sila bawa roti & Headlamp
Morning! Ni la rupa Hostel tu...
SARAPAN. Tolong la sarapan ya! walaupun Hiking hanya 7.5KM tapi kau tidak tau dia punya trail dan beg yang kau pikul tu bikin Menderita. Yes menderita! Jadi, tolong lah sarapan. Hahahaha
Sambil tu kami pack makanan (bekal) untuk trekking ke Nepenthes Camp
Lepas tu kami balik semula ke Penginapan Beluno untuk persiapan barang terakhir
Beg kami letak di kereta kawan. Asingkan beg yang hendak dibawa dan barang yang ditinggalkan.
Terima Kasih sebab sudi tumpangkan barang-barang kami
8AM : Kami berkumpul di sini jumpa Guide seperti yang dijanjikan semalam
Sebelum jalan, ambik Gambar Group dulu...
Reception diatas tu ya, kau kena naik tangga. buka kasut!
Lepas ambik Gambar kami pun bertolak ke Agathis Camp
Sampai di Agathis Camp.
Mana Kemnya? sana bawa kau kena jalan lagi bhaiiii...


Jalan ke Agathis Camp


Jalan sikit jumpalah Agathis Camp.
Agathis Camp ni tempat Starting point untuk trekking ke Nepenthes Camp
INFO : Agathis Camp ni ada tandas tapi tidak ada air paip. So, air kau kena ambik dekat sungai dekat Camp tu


Disinilah tempat kau timbang berat barang.
Kalau mau guna perkhidmatan porter sinilah urusannya.
Porter kena bayar lah 12kg = RM100 perday
Kami semua angkat barang sediri. Saya pikul 10Kg beban (tidak padan dengan berat badan) - matai..
INFO : Sila maklumkan kepada Guide semasa taklimat hari sebelum jika anda menggunakan perkhidmatan porter
Sebelum mula hiking buat senaman & baca doa


9.22AM : Bismillah, kami mula mengorak langkah menempuhi 7.5km hiking ke Nepenthes Camp


Perjalanan mulanya tenang....


Tenang di posisi gaissss~~~


Hemmm mula sudah trail yang bikin menderita
INFO : 3KM pertama adalah trail paling menderita (seriously...)


Kenapa menderita? sebab trail dia naik saja..ada tenang sikit tapi yang paling sakit sebab kau kena pikul beban yang begitu berat!


baru 500 Meter perjalanan, saya rasa macam 2KM sudah berjalan
Kau nampak PACAT? Yes! sepanjang trail ada Pacat. Pacat dia tidak boleh bawa bincang gaisss...
Sekali sekala kau kena tengok kasut dan juga kasut orang depan. konfem ada pacat!
So, kau kena pakai stokin panjang cover hujung seluar tu.
TIPS : Bawa yoko yoko warna merah tu, kalau pacat melekat kau terus la penyetkan dia dengan yoko yoko, konfem jatuh!
Naik! Penat tau!


Baru 1KM berjalan seperti sudah berjalan 3KM


Brothers ~ 10Kg, 22Kg,16Kg itu lah berat beban diorang.
22Kg kalau saya angkat konfem 500M sudah saya buang beg tu


Biar berhenti rehat jangan berhenti berharap


Sudah lepas lelah sekejap, sambung lagi perjalanan


"Bersabarlah setiap kali diuji.Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati. Kita hamba yang sering lupa diri."
Gambar ini diambil secara tersusun mengikut perjalanan.
So, kamu layan saja la ya...
Penat letak caption....hahahaha
Depan tu Mukri, dia tolong tumpangkan sedikit makanan saya berat dalam 800g
Terima Kasih Mukri, semoga Allah kurniakan keluarga yang bahagia,anak anak soleh solehah.


"Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dengan buah"


Penat? Rehat...
Tapi jangan pernah berhenti/putus asa


Baru 1.5KM 


Hemmmmmm


Pandang belakang~




Naik terusss


Ya, Senyum. Begitulah kehidupan, sakit manapun kau kena senyum








Tangga 1st kau jumpa. ni baru sikit bhaiiii...sikit...
ada lagi yang menanti di hadapan


ayoyoooo~

Untuk naik tangga ni kau kena ikut turn. Seorang sekali naik, rosak tangga kalau ramai naik sekaligus
Selfie la bah, sekali seumur hidup ikut trail ni


"Jika tak boleh terbang; lari, jika tak boleh berlari; jalan, jika tak boleh berjalan; merangkak, apapun dugaan, teruskan ke hadapan "


Curam tangga tu. Tidak percaya? Pergilah tengok sendiri


Teruskan lagi berjalan

Naikkkkkkkkkkk


Turun sikit....


Aduh...


Naik lagiiii????


"Don't let the entire staircase overwhelm you,  just focus on that first step"


Ya Ampun! baru 2KM?!

Rehat
TIPS : Sila bawa makanan jajan yang manis & air mencukupi


Jalan lagi...






"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan."




Kabusss bukan jerebu

REHAT Makan sementara menunggu kawan-kawan yang lain


Makan lunch pack yang saya sediakan di Studies Centre tadi


Duduk mendongak ke atas~




Lama kami duduk rehat & makan disini sampai kesejukan


Move on~




4KM : Trail semakin tenang, Alhamdulillah



Brothers, lil sis & Mami


Yes 5KM!


Rest tarik nafas. sesak nafas oleh beban beg tu





Watch your steps


500 Meter lagi...terpancar sinar kebahagiaan


Teringin terjun mandi.
Maklumlah badan sudah basah dengan peluh


OK, jumpa signboard ni kau jalan terus, ikut arah ke Nepenthes R.S .
Jangan kau memandai lalu jampatan dekat signboard ni, sesat kau pigi Ginseng Camp


Jalan sikit jumpa jambatan harapan


kau jalan ke kiri sikit sampai lah di Nepenthes Camp


Orang bilang, untuk berjaya kau kena sakit dulu.
Sikit ja tu bukit kau sampai sudah


 NEPENTHES CAMP MALIAU BASIN
2.29PM : SAMPAI! Ini lah NEPENTHES CAMP
Menginap 2 Malam disini
Sampai saja terus hempas beg!
Tempat tidur diatas. Dapur & tandas di bawah
Inilah suasana tempat tidur di Nepenthes Camp


Tandas
Sumber air dari Anak Air Sungai berdekatan, Warna dia emmm brown tapi selamat diminum.
INFO : kalau tiada air, sila maklumkan kepada guide, nnti dia tolong pasang pam untuk ambik air dari sungai ke tangki. 


Suasana Dapur & Tempat makan/ruang lepak


Ok, Sambung cerita tadi...
Sampai terus naik bilik letak barang lepas tu sambung makan
Makan saja kau ni... Eh, helloo lapar okeh. hahaha


Lepas tu bersihkan diri dan Solat
TIPS : Bawa telekung travel tu yg ringan. Saya pinjam dari kawan xsempat beli,  siapa suruh kan packing last minit.  Kalau bawa telekung biasa agak berat

"The moment when you're having conversation with Allah then you cry, after that you'll get peaceful & easy feeling. Just spend your time & talk too much to Allah. Tell Him every single thing and everything will heal."


Belakang Nepenthes Camp


Aktiviti Petang. Minum & Sketch
TIPS : Sila bawa 3in1, time hiking ni kau kena bawa minuman manis + biskut
Saya bajet 2 Sachet sehari minuman 3in1


Meanwhile, the brothers and sis kita tolong sediakan makan malam & rebus sedia nasi impit/ketupat mini untuk bekalan hiking esok. Terima Kasih, semoga Allah permudahkan setiap urusan kamu


Dinner pertama di Nepenthes Camp


INFO: ada sumber eletrik di Nepenthes Camp (6pm-11pm)
Kalau kau mau caj, soket ada di bawa saja, di atas bilik tiada soket


Malam tu David (Guide) bagi sedikit taklimat untuk aktiviti esok


GOOD NIGHT~
Saya langsung xlena tidur malam tu


--------- HARI KE-3/DAY 3 MALIAU BASIN -----------

- Solat
- Sarapan/siapkan bekalan makan & minum
-Aktiviti hari ke-3 merempuh perjalanan untuk melawat 3 air terjun
- Hiking dari Nepenthes Camp - Takob Akob Falls- Fowzi Falls - Giluk Falls- Nepenthes Camp (9KM)

INFO :
- Tidak perlu bawa barang-barang baju
- Hanya perlu bawa makanan & minuman untuk bekal
- Ini untuk pakej 5 Hari 4 Malam okeh...sila rujuk jadual yang Guide kamu bagi
Ni peta perjalan ke tiga Air terjun,  secara keseluruhannya kena hiking sejauh 9KM (pergi-balik) 



Morning Day 3! Sediakan bekal & Sarapan


Sebelum jalan baca doa dulu. Tengok beg tu kecik ja kan?  Isi bekal makanan,minuman dan ubat ubatan yang berkaitan




Trail dari Nepenthes Camp ke persimpangan 3 Air terjun


Kau kena lalu beberapa jambatan


Trail sangat basah dan berlumpur sebab malam sebelum hujan sangat lebat


Model jambatan ke sis? 


Jambatan lagi


Lagi~


Trail dari Nepenthes Camp ke persimpangan 3 air terjun tu agak tenang di posisi lah


Yang ni trail sangat berlumpur. 


Jalan punya jalan sampai di persimpangan 3 air terjun. Rehat kejap sebelum meneruskan perjalanan

TRAIL PERSIMPANGAN - AIR TERJUN TAKOB AKOB - PERSIMPANGAN


Takob Akob ialah Air Terjun pertama kami 'lawat'.  Jarak dalam 1 KM, tapi trail dia memang padu!
Trail ni kau kena lalu laluan yang sama time balik nanti.  

Dari persimpangan ke Air Terjun kau kena turun dan turun (syok la kan?).  Tapi time kau naik balik ke persimpangan tu agak sengsara. Syukur lah bawa bekal ja. 


Seperti biasa, pada mulanya trail agak tenang.... 


Lepas tu..... Alahai curam


Hem. Bertangga, "turun bah juga trail dia ni". Eh,hellooo...cuba kau fikir nanti time kau naik balik. Apa kau rasa??  Hahaha


Em, malas letak caption. Penat... Kau layan la sendiri trail ni dan bayangkan macam mana kau panjat kecuraman tu time balik ke persimpangan. 









85 darjah








Sebenarnya ada lagi trail yang mencabar tapi malas lah kasi tunjuk,  kamu kena rasa sendiri





Setelah bertungkus lumus berjalan, sampai lah di Air Terjun Takob Akob



Sumpah cantik. Kami agak bertuah sebab Air Terjun tengah melimpah deras sebab musim hujan kan... 





Selesai menghayati dan ambil gambar di Air Terjun Takob Akob,  kami pun balik lah ke persimpangan tadi melalui laluan yang sama


Huh! 


Setelah bersusah payah memanjat sampai lah kami di persimpangan tadi. Macam biasa... Makan jajan dan minum sementara tunggu kawan yang lain

TRAIL PERSIMPANGAN - AIR TERJUN FOWZI - PERSIMPANGAN



Lepas semua group member lengkap,  kami mula melangkah ke Air terjun Fowzi. Jarak 500M tapi trail memang power lah! 














Sampai di Air Terjun Fowzi.Seriously cantik... 






Dekat air terjun ni agak sejuk ditambah dengan percikkan air terjun.  So, saya pakai lah windbreaker 


Settle Fowzi Falls.  Balik semula ke persimpangan


Semput tau!


Sampai semula di Persimpangan 3 air terjun


Macam biasa makan... Makan yang ringan ja sementara tunggu kawan yang lain


TRAIL PERSIMPANGAN KE GILUK FALLS


Okeh next ke Air Terjun Giluk,  ni 'lawatan' air terjun terakhir untuk Hari ke-3 


Macam biasa lah,  trail macam santai di permulaan


Ok, masa ni saya malas sudah ambil gambar. Kamu kena pergi sendiri la try macam mana trail dia.  Hahaha




Yeah ini lah Giluk Falls. Bawah dia tu tinggi gila!  Gayat,  pergilah kamu tengo sendiri






Kami lunch di tepi Air Terjun Giluk ni.
Menu nasi impit + lauk dalam tin.
Muka pun macam tin sudah


Group Photo di Giluk Falls
Sumber gambar dari phone Bro Alud. Tapi tertag pula nama saya. Malas sudah mau edit balik. Halalkan jak la ya Alud, hahaha

Lepas Settle Giluk Falls kami pun balik semula ke Nepenthes Camp melalui laluan yang sama

Kembali ke pangkal jalan


2.17 PM: Jalan punya jalan, sampailah Nepenthes Camp.
Malas ambik gambar sudah 


Sampai, buka stokin. Makhluk ni sedang melekat di kaki dan dia sedang kenyang dengan darah aiiii...
Makhluk ini telah merosakkan Mood saya. Seriously! nyamuk yang kenyang dgn darah pun aii benci inikan lagi pacat!
panas hati dowh!
 Aktiviti lepas selesai trekking Hari ke-3:
- Solat, Minum Petang, Lepak,Makan Malam, Dengar Taklimat Guide & Tidur


Malam tu sy spend time dalam bilik melukis sambil mengeringkan rambut.
Sini tiada hairdryer, so kau kena keringkan secara manual
Plus, mood masih terganggu gara gara tu pacat.
Time ni gigitan pacat tu masih bleeding. 3 kali tukar kapas! sy bawa tidur ja


Menu makan malam, tinggal seorang ja belum makan.
Aiiii sedikit fobia dengan bunyi guruh & kilat ni. So, saya xjoin sekali time diorang makan
Sebab time tu bunyi guruh sangat kuat + kilat. serammmm~~~


Macam biasa David (Guide) bagi taklimat untuk aktiviti esok
 GOODNIGHT! SEE YOU TOMORROW!


--------- HARI KE-4/ DAY 4 MALIAU BASIN -----------

Aktiviti Hari ke-4
- Bangun/ bersihkan diri /Solat
- Sarapan / Pack bekal
- Hiking dari Nepenthes Camp ke Maliau Falls kemudian ke Ginseng Camp (16KM)

INFO :
- Kena angkut semua barang sebab lepas ni menginap di Ginseng Camp
- Perjalanan keseluruhan hari ke-4 dalam 16KM
- 6KM hiking bawa semua barang (berat).  Dipersimpangan Maliau Falls-Ginseng Camp simpan barang, hanya perlu bawa bekal dan bawa headlamp (untuk kecemasan, risau kau lambat)
- Trail dari persimpangan Maliau Falls-Ginseng Camp ke Makiau Falls memang xboleh bawa bincang
- Sampah kena bawa sendiri atau upah porter


Hasil sketch saya time spend time di bilik semalam~

10kg juga, xpandai kurang sebab cadar kau kena bawa sendiri ke Ginseng Camp bhaiii~


Last day di Nepenthes Camp. Pastikan semua barang kau sudah pack masuk beg




Jangan lupa ambik Gambar Kenangan di depan ni
Kami pakai baju yang sama
Design by me, cetak pun tempat aii
Kalau kamu mau cari tempat cetak baju, boleh cari saya (sempat promo)  hahaha


Hero penyelamat bahu dan pinggang kami.
Brother Alud jadi sukarelawan mengangkat sampah kami di Nepenthes Camp. May Allah blessed you Bro.
INFO : Peserta kena bawa sendiri sampah dari Nepenthes Camp ke starting point.  Kalau tidak larat,  boleh upah porter
7AM : Goodbye Nepenthes Camp!



Trail macam biasa lah, mula mula tu santai


Kawasan ni kena panggil Nepenthes Garden
di sini kau akan jumpa beberapa spesis Periuk Kera


Kawasan hutan mossy sehingga hidung pun jadi berair air


Ha, ni lah spesis periuk kera paling femes dan paling kecil
Saiz macam pen. Rujuk gambar dibawah


Tangan saya kecil tapi lagi kecil tu Periuk Kera
Datanglah sendiri untuk tengok


Haiii~~


Kawasan Nepenthes Garden ni ada beberapa persimpangan, jadi kena tunggu guide lah takut tersesat
kenapa banyak simpang kecil? sebab sini kawasan orang buat Research pasal tu Periuk Kera comel




2KM trail semakin sempit dan lembab


Cantik trail ni


berpeluhhh


Ok lepas 3KM seterusnya kawasan hutan biasa . Trail turun dan naik sikit


Rehat & Wefie


Sudah berjalan sejauh 4KM


Turunnnn


OK, ni pokok paling femes. pokok tengah tu di'selimuti'oleh 2 pokok di tepi tu.
Besarr pokok tu dan unik


Pokok tadi tidak jauh dari signboard 5 KM ni sebelah kiri


Berhenti rehat & ambik gambar dengan pokok
untung jadi pokok~~ hahaha


Teruskan lagi perjalanan


Ok Kilometer Ke-6 : Bawah tu Persimpangan Maliau Falls-Ginseng Camp


Barang kena letak di persimpangan ni
Kau hanya perlu bawa bekal & keperluan untuk ke Maliau Falls


Ha, macam tu. Bungkus beg dengan plastik sampah takut hujan
TIPS : Sila pastikan bawa plastik sampah sekurang-kurangnya 2 pcs


Lepas semua member terkumpul, kami mula berjalan ke Maliau Falls
Tengok beg tu, kau kena bawa bekal dan keperluan berkenaan saja ya..


Trail time ni memang berlumpur sebab musim hujan


Turun-naik


OK,sini lah trail paling curam.
Turun curam kan? Kau bayangkan bila kau naik nanti. Sebab ini laluan yang sama untuk kembali ke Persimpangan tempat simpan barang tadi












Rezeki jumpa Bunga Rafflesia walaupun sudah menghitam


Jalan santai sikit~~


Sepanjang trail Maliau Basin ni, kau akan jumpa macam macam jenis cendawan




Kembali curam dan terus curam~~


Kulit ular gaiissss~~


Lepas turun "menjunam"sampai lah di Air Terjun Maliau.
Malas sudah saya ambil gambar, kamu datang lah sendiri merasai trail ni


Inilah Air Terjun Maliau/Maliau Falls


Air sangat deras, kalau musim kering tidak sederas ini bhaiii


~My Sketch,hasil tangan semasa menginap di Nepenthes Camp~


Macamtu lah~~






Lupa bagitau, ni lah warna Air di Nepenthes Camp
Jangan risau, air ni selamat diminum. Rasa agak luar biasa daripada air biasa. Haha
Tapi saya ok ja telan air tu. Boleh refill Air di Maliau Falls ni. Sedap air dia berbanding di Nepenthes Camp
Perjalanan yang menginsafkan, syukur dan terima apa yang Allah bagi
Kau bayangkan lah apa nasib orang-orang yang langsung tiada sumber air?????


TIPS : Bawa gula-gula, kalau kau susah mau terima air tu kau kena minum lepas tu makan gula-gula, hilang sikit rasa pelik air tu.


Ini lah suasana di Maliau Falls
Kami duduk lepak dan Lunch di sini


Air terjun tadi mengalir ke sini lalu menghasilkan Pelangi
Family Hikers


~Kembali semula ke Persimpangan tempat letak barang tadi


Ñaiikkkkkk~~


Time naik ni tenaga saya memang low gila lah!


NI last trail yang kecuraman dia yang agak luar biasa


Sampai juga di Simpang ni


TRAIL PERSIMPANGAN MALIAU FALLS/GINSENG CAMP KE GINSENG CAMP


Lepas kemas barang sikit,sambung jalan ke Ginseng Camp
Jarak dari Persimpangan ke Ginseng Camp - 700 M


jalan turun dia memang curam!


Teringin mau kasi golek ja badan disitu


~Time ni saya penat gila! Penat! Sumpah! 




Ada trail jambatan gantung lagi


Time ni lah saya berjalan seorang sudah.
Tidak sanggup sudah kejar yang lain tu
Sebab 700M ja kan perjalanan jadi saya berani lah ditinggalkan
lagipun ada lagi ramai kawan-kawan dibelakang yang belum sampai di Persimpangan tadi


Sepanjang berseorangan, saya banyak kali jugalah letak dahi di pokok pokok tu.
mau baring/duduk tapi takut nanti tambah lemah

GINSENG CAMP
Dengan langkah yang lemah, akhirnya sampai juga di Ginseng Camp
rasa macam mau nangis


Sampai saja terus duduk hempas beg. Lama juga terduduk sini sebelum masuk tempat penginapan. Hahahaha


Yeah ni la Ginseng Camp


Inilah tempat penginapannya ya~~


Ada Tandas,Dapur & tempat makan


Malam tu lepas Solat terus saya baring
xmakan malam pun, sebab terlalu penat
lagipun hujan sangat lebat, macam biasalah kalau hujan lebat begitu tiba tiba jadi penakut. hahaha


--------- HARI KE-5/LAST DAY MALIAU BASIN -----------


Aktiviti hari terakhir:
- Solat/Sarapan/Pack lunch
- Trekking ke dari Ginseng Camp ke Air Terjun Ginseng
- Hiking/trekking Ginseng Falls ke Agathis Camp
- Agathis Camp ke Studies Centre
- Studies Centre pulang ke rumah masing-masing

3AM terjaga dari tidur mencari makanan
Nasib baik masih ada stock roti


5AM : Meredah gelap dan kabus untuk ambik Wuduk Subuh


Morning Ginseng Camp!
Time ni tidak sabar lagi mau balik. Homesick bhaiii


Jangan lupa ambik gambar team


Bersiap dan baca doa


Timbang sampah. 5Kg
Kali ni kami ambil perkhidmatan porter untuk bawa sampah tu ke Studies Centre
Upah kau runding lah sama porter tu ya~~


Time ni tidak perlu pakai stokin sebab kau akan buka kasut untuk lalu di sungai


Di jambatan ni kau kena simpan beg.
Perjalanan ke Ginseng Falls hanya 300M, kalau ulang alik 600M lah


Semangat la kami mau pigi Ginseng Falls tu.. 


~Tapi laluan banjirrr~
Nampak macam tenang tapi sebenarnya sangat deras
David try di tepi tu sampai paras lutut dia sudah, apatah lagi yang ditengah
kalau saya sudah sampai paras dada mungkin. pendek kan...hahaha
Kami sepakat membatalkan trip ke Ginseng Fall disebabkan sungai banjirrrr
Saya mau pulang dengan keadaan yang selamat, kalau kau rempuh juga banjir tu basah kuyup bhaii
tiada sudah stock pakaian. mati lah kau kesejukan sepanjang 9KM balik ke Agathis Camp nanti


Kami kembali semula tempat simpan barang lalu meneruskan perjalanan ke Agathis Camp
Perjalanan sejauh 9KM harus dirempuh untuk sampai ke Agathis Camp
Trail "mukadimmah'" dia memang padu gaiss
Penat lah dengan berat beg yang kau kena pikul tu


Kau kena lalu 5 laluan naik yang agak padu sebelum menikmati trail yang santai


naikkkkk!


Rehat


~santai sikit


naik lagi


2KM: Pasukan 3 bermuda. ahahha


Bila tengo gambar baru saya perasaan, yang banyak cuma gambar selfie. ahahhaha


yuhuuuuu


Trail ni memang cantik lurus ke bawah




Banyak memori kami ber-4 sepanjang trail ni. ahahhahaha


"Berhenti jap! Snap~ok boleh jalan"


6KM : Sori, hidung kembang


Makan dulu coklat tu dek


Ok ni Air di Ginseng Camp, sedap dan agak cantik kaler dia berbanding di Nepenthes Camp






7KM!




Almost there~~


Memori sangat kerusi panjang tu. ahahhaha


Tolong lah cepat sampaiiii~~


~Sori lah, over pula saya disitu...whateverlah kan, penat bah!


11.54am : Selamat tiba di Agathis Camp




Lepak sementara menunggu kawan kawan yang lain


Goodbye Agathis Camp




Kami 8 orang menaiki kereta kawan tempat kami letak barang tadi


5 orang di belakang, 3 orang di dalam.
Dalam tu banyak lagi barang


Sampai di Studies Centre kami mandi, Solat dan bersiap untuk kembali ke rumah masing-masing


Lepas tu lepak dekat Reception ni tumpang wifi update dengan family sudah selamat sampai di Studies Centre
Sebenarnya kami tengah tunggu kawan-kawan yang 8 orang tadi.
Diorang masih terdampar di Agathis Camp sebab van yang dijanjikan lambat sampai




Rupanya sedih keadaan diorang disana. Terkandas beberapa jam dengan keadaan yang masam, kurang air dan kelaparan. Anduuu bahhh kesian kamu. Lepas terasa macam cacing kepanasan diorang pun ambil keputusan untuk jalan kaki ke Studies Centre seolah oleh berada di Padang Pasir. Jarak dia bukan dekat gaiss! mau 20KM kali tu.
Setelah 2KM berjalan akhirnya kelibat pari pari putih akhirnya sampai pick-up dorang. Akhirnya abang van sampai. ahhahaa

Sumber gambar dari Mami Raidah & Raman tapi tertag pula nama aii situ. mals edit balik. hahaha


Ini lah Guide kami yang sangat sempoiii
David & Nelson
Terima Kasih ramuyun~


Group Photo with Certificate sebelum bertolak~
4.50PM  : Kami bertolak dari Studies Centre ke rumah masing-masing 
- Semasa dalam perjalanan dari Studies Centre ke Gate kami diduga lagi dengan kehadiran Gajah. Tapi kali ini tidak lama macam 1st day hari tu
5.25 PM : Singgah di Gate Maliau Basin untuk daftar keluar



7.20PM kami sampai di Nabawan. Singgah di Restoran RUMPUN solat & Makan malam
Restoran Rumpun tu dekat bulatan topi Murut (Jln Nabawan).
Makanan sedap, Tandas selesa dan Surau dia Sumpah sangat cantik dan selesa!
Kawan-kawan semua sambung perjalanan balik Sipitang & KK
Saya singgah dulu di rumah Family


Apa lah motif gambar ni?????
Kau tau ka time di hutan tu aiii teringin sangat makan Sup Ayam Tua
Jadi, awal pagi lagi sy tertunggu depan kedai tu buka belia Ayam Tua.
Nasib si angkol buka awal 

TIPS BARANG yang perlu dibawa untuk trip Maliau Basin:
1) Makanan untuk 5 hari:
Cadangan :- Bawa Beras/Ketupat Mini, Makanan tahan lama seperti Makanan dalam        tin,bilis,serunding,tempe+bilis goreng (nyammm) , Maggi, roti,biskut,coklat dan jajan yang berkenaan. Dan 3in1 (bajet 2 sachet sehari)

2) Pakaian
Saya bawa 5 pasang: 4pasang bawa sepanjang trail, 1 pasang tinggalkan untuk pakai time balik nanti

3) Beg Kecil muat bawa bekal & air untuk trail Hari ke-3 dan ke Maliau Falls
4) Sleeping bag
5) Sabun,Colgate,Berus gigi & tuala
6) Kelengkapan Solat
7) Insect repellent spray/yoko yoko merah ('menghapuskan' pacat'. hahaa)
8) Ubat-ubat yang berkenaan (Ubat sakit otot,Panadol,ubat sakit perut,pain killer dan sebagainya)
9) Stokin panjang sikit untuk cover seluar supaya Pacat tidak masuk, stock dalam 3 pasang
10)Windbreaker, cuaca agak sejuk di Nepenthes Camp
11) Headlamp
12) Poncho
13) Plastik Sampah

Paling penting sebelum Trip tu kau kena training lah, jogging 30 minit sekitar rumpah pun jadilah.
Kalau kau xtraining takut menderita. 43.5KM tu bhaiii. Trail bukan biasa biasa~~

Lastly,  Terima kasih buat team saya yang masuk air, sempoi dan baik baik hati. Terima kasih yang tolong angkat beban yang tak tertanggung.  Terima kasih yang rajin masak. Terima kasih yang kongsi makanan. Terima Kasih yang tolong ambik gambar

Terima Kasih Kak Ayu yang urus semua perjalanan urusan sampailah berjaya masuk Maliau Basin ni.

"Terkadang...
Begitu banyak yang ingin ditulis dan diungkapkan,
Tapi hati berbisik
"Sudahlah...Allah lebih tahu""


Boleh check Gambar-gambar Gunung/Bukit lain pula (klik nama Gunung/Bukit dalam list dibawah ini):

 Lombong Mamut, Ranau
 Mara Kara Hill, Tamparuli
 Gunung Wakid, Tambunan
➤ Bukit Tuah, Kota Kinabalu
➤ Bukit Balibata, Beaufort
➤ Monggiland Waterfall, Tamparuli
 Aura Montoria, Kota Belud
➤ Mount Trus Madi - Via Sinua
➤ Mount/Gunung Kinabalu
➤ Maragang Hill, Kundasang
➤ Bukit Selomitha, Keningau
➤ Bukit Bongol, Kota Belud
➤ Nulu Kebayau, Telipok, Kota Kinabalu
➤ Bukit Donguan, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Matanoi, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Sosodikon, Kundasang, Sabah
➤ Bukit Boya @ Outward Bound Sabah (OBS)
➤ Bukit Botak @Gundul , Sepanggar
➤ Bukit Nuluh Lapai, Kg Lapasan, Telipok
➤ Bukit Trig, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Kapur, Kg.Rongolis Topokon, Tuaran
➤ Bukit Padang, Kota Kinabalu
➤ Bukit Kopungit, Kepayan
➤ Bukit Merah, Karambunai







You May Also Like

0 comments