Bukit Bongol | Kota Belud | Sabah

by - December 18, 2018


BUKIT BONGOL @ BUKIT PIRASAN BORNEO - VIA PIRASAN TRAIL

Hi, entry kali ini saya kongsi trail Bukit Bongol yang terletak di Daerah Kota Belud, Sabah. Terdapat dua laluan ke Bukit Bongol iaitu melalui Kg.Pirasan dan Kinasaraban. Kami pilih laluan Kg.Pirasan, menurut mereka yang pernah hiking di Bukit Bongol ini, laluan Kg.Pirasan paling jauh (10 puncak) berbanding laluan Kinasaraban.





TIPS MENDAKI BUKIT BONGOL:
1) Bawa air (sangat panas) - wajib!
2) Bawa topi/tuala untuk tutup kepala (bukit ini sangat panas!) - wajib! hahaha
3) Pakai baju lengan panjang/handsock (lalang sangat tinggi)
4) Kalau rajin bawa la makanan untuk pulihkan tenaga
5) Pastikan bateri phone cukup - utk ambil gambar, sebab bukit ni sangat cantik utk ambil gambar

MASA MENDAKI (Turun & naik) : Anggaran 4 - 5 jam

KHIDMAT GUIDE : TIDAK DIPERLUKAN (Hike at Your Own Risk)

Kalau hendak ke sini cari dalam Google Map "D'Hobbit Cafe" - anda perlu mendaftar & membayar yuran di D'Hobbit Cafe sebelum mendaki. - Sila rujuk Map & Gambar dibawah

MAP:


YURAN/FEE :- Daftar dan bayar yuran di D'Hobbit Cafe
- RM 3 : Dewasa (Adult)
- RM1  : 12 tahun & kebawah
- Tiada guide


Simpang masuk ke Starting Point Bukit Bongol - Pirasan Trail
Daftar & Bayar Yuran di D'Hobbit Cafe sebelum mendaki




OK Mari mulakan pendakian :


Start hiking 8.02AM : Awal-awal laluan memang curam gaiss~~
10 minit mendaki baru sampai di pintu gerbang ni tulisan-
(Bukit Bongol Pirasan,Bukit Kelapaian Pirasan & Bukit Menunggui Pirasan)
Teruskan pendakian. Ini penghujung kawasan redup/banyak pokok. Selepas itu laluan lalang dan panas.

Kering dan panas ~
Tiba-tiba di Bukit 3. Bukit ni tiada proper signboard/tag untuk tahu nombor Bukit. Kena conteng macam tu saja di Batu/Pokok. Bukit 1&2 tidak perasaan sudah~ penat & panas. hahaha
Yeah! Boleh nampak Gunung Kinabalu dari Bukit ni gaiss~~ 8.20am (BUKIT 3)


(berdiri di BUKIT 3) - dengan gaya poyo


OMG! punya jauh! xsangka jauh macam ni ~~


"Cukup dengan melihat alam, kamu merasakan kedamaian~"









"Selalu syukuri nikmat dari Allah sekecil apapun, agar kita mendapatkan nikmat yang jauh lebih besar"


Paling lama rehat di Bukit 7, ada pokok sesuai untuk berehat


Anda tidak pasti maklumat di internet itu benar atau palsu??? TIDAK PASTI JANGAN KONGSI - Klik Dengan Bijak! (sempat lagi ~ hahaha . Dengan topi #MIV)


Tag Bukit 7
View dari Bukit ke-8 . Waw! macam tidak percaya sudah mendaki sejauh ini...


"Rasa lelah itu hilang dengan cepat oleh keindahan ciptaan-Mu"




Teruskan pendakian. Jarak Bukit ke-8 dengan puncak jauh berbanding dengan bukit-bukit hingga ke 8.


"Jadilah diri sendiri, walaupun tidak semewah orang lain"


"Jangan melihat masa lalu dengan penyesalan, jangan pula melihat masa depan dengan ketakutan, tapi lihatlah sekitarmu dengan kesedaran~"


"Accept the pain that will help you grow"


Yes! saya berkaki ayam dari Bukit ke-8 sampai puncak. Sebab tidak biasa dengan Kasut, kasut yang biasa dipakai masa hiking lupa basuh masih berlumpur-basah.



Macam tidak percaya jauh sejalan itu.....



dekat dimata. jauh masih jaraknya~

"Bila kita Pasrah, tumbuh rasa Damai. Dalam  damai, kita bertemu Bahagia"




"Smiles are proof that we win our wars" . Yeah selfie sebelum meneruskan perjalanan ke Puncak!


Laluan turun dan naik paling curam


Point ni sangat cantik kalau ambil gambar


Kerana Kamu harus Jatuh untuk tahu apa itu Bangkit...


Berkat kedegilan,kegigihan dan tidak kenal erti putus asa. Sampai juga!


Lukisan ini saya sudah sedia siapkan sebelum mendaki


"Take nothing but pictures"


Jumpa geng baru. Jauh dari KL semata-mata hiking. Semoga ketemu lagi~



OK..JOM TURUN! - Turun laluan yang sama masa mendaki tadi



"Usah menyesal kerana kegagalan. Menyesallah disaat kamu tidak pernah mencuba"~


"Jika Ucapan kita tidak bisa membuat orang lain bahagia. Maka setidaknya janganlah ucapan kita membuat orang lain terluka"


"Hidup adalah perjuangan Sahabat~"




"Sabarlah dengan ujian, pasti ada hikmahnya~"


Selamat tiba 12.56PM

Sekian perkongsian jalan masuk,info,tips & gambar trail Bukit Bongol - via Pirasan Trail

Semoga bermanfaat.

Solat Zohor di Masjid Pekan Kota Belud

Makan di gerai berdepan R&R Kota Belud



You May Also Like

0 comments