Bukit Trig Apin-Apin | Keningau | Sabah

by - February 28, 2017


Assalamualikum / Hi,

26 FEB lepas saya dan kawan Hiking di Bukit Trig yang terletak di Apin-Apin, Keningau, Sabah. Simpang masuk ke Bukit Trig dekat Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Dewan Apin-Apin, berdepan dengan Tapak Tamu Apin-Apin, boleh search Google Map "Tamu Apin-Apin". Selepas masuk simpang tu jalan sedikit, starting point berada di sebelah kiri anda. Sudah 4 bukit saya try sebelum ni, ni lah bukit paling mencabar setakat ini.







Ini kali pertama saya ke Apin-Apin, Keningau. Sudah lama sebenarnya hasrat mau hiking di Bukit ini cuma baru sekarang tercapai. hoho . Semasa kami sampai, ada lagi beberapa kumpulan pendaki yang datang ke sini.

Anda mungkin nampak cuma bukit,tapi saya nampak keindahan ciptaan Allah yang sangat luar biasa susah diungkapkan dengan kata-kata.

Mari layan gambar-gambar yang sempat saya snap sepanjang hiking di Bukit Trig ini untuk panduan dan bikin cuci-cuci mata.



Starting Point Hiking ke Puncak Bukit Trig, Keningau. Ada Kaunter Pendaftaran dan Gerai menjual Air dan makanan. Laluan mendaki sebelah kiri . Kanan pun boleh

Photobooth "Bukit Trig" ini dihiasi dengan botol recycle. Tahniah buat pengurusan Bukit Trig kreatif!

Laluan ke Puncak Bukit Trig. Ada 'signboard' kecil tu sebagai petunjuk arah


Laluan tangga. kawasan dikelilingi pokok, suasana damai dan tidak panas


Laluan tangga. Agak basah, sebab hari sebelumnya Keningau hujan terusss.
Nasib pagi tu tidak hujan

Petunjuk arah. So, jangan risau anda tidak mungkin sesat dalam hutan ni. Yang penting jangan memandai cari jalan lain kalau tidak biasa tempat ni

Kawasan tumbuhan pepaku

Masuk Kawasan Pokok Getah. Sepanjang jalan ke puncak, anda akan melihat banyak tag nama pokok dengan nama saintifiknya sekali. Macam sambil mendaki sambil belajar. Tahniah buat pengurusan Bukit Trig Apin-Apin ini.


Kawasan Kebun Getah. Getah mahal sekarang, jangan kau pandai-pandai tapau 'gatah'  ya! haha


Checkpoint tangga tempat berehat. Siap ada tag dia lagi. Hebat!


Lepas tangga tu ikut kiri.


Jalan lagi?


Ada laluan tangga lagi.

Ok. sampai! tapi ni baru sampai checkpoint 1 ging!.haha. Kami agak lama berhenti rehat disini. Sebab si Kawan tidak berapa sihat, silap dia minum bergas tadi. Kesian si Tuan. Saya terpaksa kasi tinggal untuk meneruskan misi memandangkan si Tuan sudah pernah sampai ke puncak sebelum ini.

Jalan sikit dari Checkpoint 1 jumpa lagi tempat berehat. Tidak pernah jumpa bukit begini,best.

Jalan lagi. cantik jalan dia. boleh buat photoshoot :p

Ok. ini last kawasan ada pokok. so lepas tu berpanas lah ya...


View selepas kawasan pokok. itu bukan puncak sebenar k... saya pun tertipu ingatkan sudah mau sampai.. haha








. Checkpoint 2 .Segala risiko adalah tanggungjawab anda sendiri

View dari Checkpoint 2

View dari Checkpoint 2



View dari Checkpoint 2

Lagi Tempat bergambar. Kreatif!



Rock n Roll. Selfie seja. Teda kawan tulung gambar. haha


Maka bermulalah peak yang curam-curam . Jalan sempit. Saya sangat kagum dengan ciptaan Allah ini



Curam dan sempit. Awas ada gaung tu..

Sempat snap view


Subahanallah! sungguh indah 

Ada beberapa peak lagi mau sampai Checkpoint 6 (paling last)






Jalan lagi. belum sampai-sampai. haha

Ciptaan yang indah. bukit paling cantik saya daki setaka ini. Lepas ni kena turun sikit, kawasan paling curam. Saya agak lama disini sebab tunggu pendaki lain turun. 

Anda dinasihatkan untuk tidak berlari atau kelam kabut turun bukit ni, sebab kawan saya bilang pernah ada member yang pernah jatuh, luka lutut sebab terjatuh. Walaupun kamu mungkin sudah pro jangan tunjuk tambirang k... haha


Hati-hati sis. curam tuhhhh~~~


Selfie jap bruhh!!. Biar panas . haha


Sikit lagi sampai. nampak sudah tu flag

Duduk dulu lah sekejap.

Almost there.

Ok. ni kawasan curam mau naik peak paling last (Checkpoint 6) . Curam ni....


Alhamdulillah ! Sampai! TAHNIAH diabilang

Panas tuh~~


View dari Puncak (Checkpoint 6)

Terasa Macam baru lepas berjaya naik Gunung Kinabalu. Macam. Terima Kasih sis yang tolong snap gambar saya nih. Saya tolong group diorg snap gambar, diorg tolong saya balik. hehe

"When you feel like giving up, look back at how far you've come. Be strong. Stay on your path. Never stop going."


TURUN BUKIT

OK. Jom turun, saya tidak lama di puncak kesian si Tuan tunggu dibawah.

View dari puncak


Gayat? Kawan bilang bikin sejuk kaki..bikin gayat


Ini lah laluan turun (ke arah puncak) yang paling curam tadi






OK. sebelum balik gambar dulu sini.


Pengurusan Bukit kasi snap Gambar. kami Masuk juga dalam FB diorang. hehe . TQ



Apa-apa pun tahniah buat pengurusan Bukit Trig , Apin-Apin ni...cantik dan kreatif kamu manage ni Bukit

Sebelum balik, kami singgah di rumah kawan kejap pigi kupi-kupi...

TQ Hanim, belanja kami Kopi O dan nasi lemak sedap. Tau-tau ja kebulur sdh lepas naik bukit. haha


THE END...

Semoga berjumpa di episod akan datang . Insyallah

Anda juga boleh cuci-cuci mata tengo gambar pengalaman Hiking di beberapa bukit yang sebelum ini pernah saya daki (Klik Nama Bukit):
Bukit Kapur, Kg.Rongolis Topokon, Tuaran
Bukit Padang, Kota Kinabalu
Bukit Kopungit, Kepayan
Bukit Merah, Karambunai
Bukit Taman Putera Jaya, Telipok

You May Also Like

3 comments

  1. perkongsian yg sungguh naisss baya! sejuk kaki aku tgk gmbr2 ko ni. curam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih. Memang curam tu... Saya pun 2 3 kali berfikir mau terus ka tidak sampai ke puncak. Kasi kental saja semangat.

      Delete
  2. Akan datang try sampai check point 12

    ReplyDelete