Mara Kara Hill & Eco Tourism | Kg.Sinalapak | Tamparuli

by - September 25, 2019

Mara Kara Hill & Eco Tourism terletak di Kg.Sinalapak, Tamparuli, Sabah (Jalan Tamparuli-Ranau) tempat Hiking untuk mereka yang sukakan cabaran. Bagi mereka yang mencari tempat latihan sebelum naik Gunung ini tempat sesuai untuk anda, pilih Trail 9KM. Trail 9KM memang menyakitkan tapi satu kepuasan bagi kaki hiking, sila layan gambar disepanjang entry blog ni, saya sediakan lebih 150 keping gambar untuk pembayang trail dari starting point ke Finishing Point. Ini Hiking Extreme pertama saya selepas bercuti hiking selama 4 bulan




LOKASI MARA KARA HILL
Mara Kara Hill terletak di Kg.Sinalapak, Tamparuli jalan Tamparuli menuju ke Ranau. Selepas Murug-Turug ,sebelum Monggiland Waterfall. Sila ikut location ini untuk ke simpang masuk Mara Kara Hill :



MACAM MANA SAYA MAU HIKING DISINI?
Buat Tempahan awal, ambil contact no di Facebook Mara Kara Hill & Eco Tourism Kg Sinalapak atau try PM FB diorang.


YURAN
Yuran bergantung kepada Pakej yang anda pilih, kami memilih pakej 9KM yang paling mencabar dan trail paling panjang dengan bayaran RM35/pax . Kami semua 17 orang. Bayaran ini termasuk Guide sekali ya..Terdapat pakej 6KM dan 2.5KM (anda boleh hubungi pihak Mara Kara untuk maklumat lanjut).

TRAIL
Trail Pakej 9KM sangatlah wow! mencabarlah! kau layan lah gambar trail yang saya sediakan ni. Bikin mental Jalan turun-naik yang curam, juga akan lalu waterfall dan sungai.

BERAPA LAMA COMPLETE HIKING (9KM)?
5 hingga 10 jam bergantung dengan masa kamu ambil untuk bersantai dan juga stamina.

APA PERLU DIBAWA?
- Glove/Sarung tangan : Sangat penting bagi yang memilih Trail 9KM sebab trail sangat curam, anda perlu berpaut dengan tali. Kalau tiada glove, nanti sakit tangan.
- Bekal Makanan & Minuman - perjalanan jauh 9KM hiking tu!
- Pakaian Salinan

Ok, Malas bebel banyak. mari layan cerita Hiking di Mara Kara trail 9KM


JALAN MASUK KE MARAK KARA HILL
Ini jalan masuk ke Mara Kara Hill, kalau kamu dari Kota kinabalu, simpang masuk sebelah kanan. Perlu drive 2.4KM lagi untuk sampai ke starting point dari jalan besar Tamparuli-Ranau ini
Jalan masuk bersimen dan ada kawasan berbatu. Jalan ini menuruni bukit, agak curam juga la
Jalan berbatu, kereta kecil boleh masuk tapi yang lowered tu emm..boleh sangkut kali ohh... ahaha
Terus drive sampai jumpa dewan ni. Ini jalan raya paling last di Kampung Sinalapak ni.
Kawasan tempat Parking luas


Inilah Dewan tempat mendaftar & bayar yuran. Ada juga menjual minuman panas dan makanan bagi yang tidak sempat sarapan. Selain itu, boleh juga beli atau sewa kasut adidas kampung dan t-Shirt Mara Kara Hill


Pengurus kami yang dedikasi. Terima Kasih Kak Ayu tolong uruskan perjalanan hiking
Pastikan semua ahli kumpulan atau yang hiking ke Mara Kara Hill ni daftar sebelum memulakan perjalanan.
Ada menjual air panas (3 in 1), air sejuk dan makanan bagi mereka yang tidak sempat sarapan
My family hikers from Sipitang & Weston ada juga kenalan baru dari Brunei 
Boleh sewa atau beli Adidas Kampung. Ada juga diorang jual tShirt Mara Kara Hill
Depan dewan ni kamu boleh nampak Gunung Kinabalu, Allah...cantiknya... ini view 6.40am
Doa memohon agar perjalanan dilindungi dan diberkati oleh Sang Pencipta, Allah.

LALUAN KE PUNCAK MARA KARA HILL (PAKEJ 9KM)

apa apa pun sebelum jalan, ambik la gambar di signboard Welcome yang cantik ni sementara rupa kau masih helokk...hahaha
Daripada 17 orang tadi, kami dipecahkan kepada 3 kumpulan(5-6org/group). Setiap kumpulan dijaga oleh seorang Guide. Ini Geng Guide anak jagaan En.Lomidi. Terima Kasih ambil gambar kami ni
Bismillah, kami memulakan perjalanan pada 7.27AM
Perjalanan bermula dengan laluan yang tenang...tenang sangat...
Laluan ini kau kena terus menuruni bukit yang pada mulanya agak tenang di posisi...
Hati-hati dengan tumbuhan berduri ya...best juga tu kalau kau terpegang. hahahaha
Laluan anak sungai..
Naik sikit lepas laluan anak sungai tadi..sikit ja...sikit..
Turun lagi...Ada tali disediakan, sebaiknya kamu pakai la sarung tangan

On the way tu, kau akan jumpa macam macam tumbuhan unik...
Unik macam ni...ini semulajadi gaiss..bukan buatan
Curam bah ni, sebelum kamu hiking di sini, pastikan kau potong kuku jari kaki. kalau x, sandih sakit dia


ini pandangan dari bawah trail di atas tadi. bukan biasa-biasa

Jumpa lagi laluan anak sungai. Tengok "tali" tarzan tu...

Ini pandangan dari anak sungai laluan di atas tu. Curam bukan? Jangan risau, tali disediakan

 Anak-anak jagaan En.Lomidi selamat mendarat. hahaha
Teruskan lagi perjalanan...

Jumpa lagi anak sungai

Steady Angkol Lomidi

Tersenyum nampak sinar...

Sampai di Dundorongon Point. Rupanya baru berjalan 1.29KM . "Hadoiii, jauh lagi"- dalam hati

Peduli lah jauh lagi, yang penting gambar pose kau kena nampak cool gitu...

View dari  Dundorongon Point
Kau tidak akan lalu disini lagi time balik nanti, so ambik la gambar untuk kenangan
Kami duduk rehat disini menunggu kelibat kawan-kawan dibawah jagaan Guide lain

Sebaik nampak kelibat diorang, kami pun teruskan perjalanan


Laluan turun lagi



"Waw sungai!"

Sampai di  Bambangan Point. Baru 2KM gaiss
Sangat cantik la Sungai ni. Jernih~

Kami duduk rehat sini sambil asah skill fotografi. Ni model Pertama

Model 2...

So,di Bambangan Point ni kena lalu sungai. Dinasihatkan buka kasut, sebab jauh lagi perjalanan, nanti kau xselesa

Batu dia licin gaiss

Nampak macam tenang ja air ni...tapi sebenarnya agak deras

Lepas tu kami pun duduk sekejap pakai kasut sambil tunggu kelibat kawan-kawan lain
Teruskan lagi perjalanan...

Tenangnya tempat ni...

Lepas laluan sungai tadi, kena naik...

Terus naik..

Ok, laluan ni kau boleh nampak Kg.Sinalapak

Siapa tidak nampak pendek umur...hohoho
Fuhhh....

"There's always light in the darkness"

Sampai di podium ni. Di sini line phone dia ok. Boleh lah update status kau tu. Celcom ok, yg lain entah...
Kami duduk sembang, rehat minum kejap disini
Teruskan lagi perjalanan....


Laluan turun ni memang curam

Turun punya turun...tiba tiba sampai di Camping Site Mantaranau
Rupanya sudah berjalan turun dan naik sejauh 4KM
DI Camp site disediakan Tandas dan bilik persalinan pakaian kalau kau mandi disini

Bersih gais..tapi agak gelap sebab kawasan ni banyak pokok. Pakai torch-light phone ja 
Ha..ni la suasana Camp Site dia

Depan ada jambatan gantung dan sungai
Paling best di Camp site ni ada jual air dan makanan. Kau boleh kupi-kupi ,3 in 1 panas, makan maggi disini. Heloooo..bayar bukan free
Cempedak tu guide bagi kami makan free. Terima Kasih semoga rezeki Mara Kara Hill bertambah tambah. Rehat makan dan minum ringan-ringan sementara tunggu kawan-kawan yang 11 orang lagi

"I've died a million times before I was born with strength"- Amna Dhanani

Akhirnya kami lengkap

Guide & AJK Mara Kara Hill yang begitu komited

Group photo lagi sebelum meneruskan lagi perjuangan

Disini kamu boleh pilih laluan Jambatan Gantung atau Sungai. Kami 13 orang memilih Laluan Sungai iaitu laluan yang sangat mencabar. Manakala 4 orang lagi memilih Laluan Jambatan Gantung

Meneruskan lagi perjuangan selepas rehat agak lama di Camp Site

"Even if you fall
Even if the rain
threatens to drown you
Do not forget
that you are strong enough
to rise above the waves"

Ok, time ni kami malas sudah buka kasut...hentam ja la. sebab trail sungai ni agak panjang

Kamu tau ka saya sedang struggle berdiri stabil sebab kaki tersepit di batu? ahhahaha
Thank You Guide Mary sebab ambik gambar kami
Laluan sungai ni panjang

I tell you, deras sungai dia


Lepas tu naik sikit

Turun lagi

Laluan ni kena hati-hati banyak batu besar

Up~
huh~

Ini kau kena hati-hati lebih

Teamwork!

Pandangan dari bawah


Ok, sini port tempat mandi kalau kau mau mandi la...ni last laluan sungai kau jumpa

Tenang...

Saya tidak mandi...duduk tenangkan fikiran & makan kuaci 

Lepas mandi manda & rehat kami pun meneruskan lagi perjuangan

Hadeiii...penat pula upload dan taip blog ni..
Jalan punya jalan.tiberrr jumpa salak hutan. Guide izinkan kami ambik, so kami pun tidak lepaskan peluang...

Ini Buah Salak

Keep moving forward...



Ha...ni Guide Mary. Dia banyak snap gambar kami. Walaupun muka saya kurang dlm gambar tu, hahahaha

Orang yang pegang camera adalah orang yg paling sikit gambar.
Solusinya, gambar selfie. hoho


Hem...penat letak caption sepenat hiking di Mara Kara ni

semput~

 

Helooo???jauh lagi ka?????

"Haihh...kenapa tidak pandai sampai di puncak ni? Kenapa turun lagi..." - bisik hati yang negatif. hahaha

Makin mencabar nampaknya~

Trail ni la tempat sy jatuh. Dengan pantas saya bangun semula. Sis Dayang jadi saksi kejatuhan itu, wakwkwkwkw

Curam bukan bishe bishe gaisss

Syukurlah orang tolong snap gambar. Tq Sis Dayang

Pandangan dari bawah

Lepas laluan curam tadi, jumpa anak sungai. Kawasan ni kau boleh minum air dia. Bersih tu Guide cakap...

Nampak ka tu? sejuk air dia dan segarrrrr

Jalan punya jalan sampai di Dalamas Waterfall. di Checkpoint ni kau boleh pilih ikut jalan biasa atau ikut jalan waterfall berbatu 

Kerana ingin mencabar diri, kami semua memilih jalan sukar ini 
Selepas sakit muscle tangan, jalan lagi ikut laluan tu Angkol baju pepel...

OK, Laluan naik ni curam ke atas.

Time ni stamina masih ok walaupun sakit muscle tangan

Kami pun duduk menunggu kawan-kawan yang lain

Time kecil kecil dulu, suka main benda ni. kasi terbang terbang. Kau akan jumpa banyak  benda ni di Mara Kara Hill

Lepas dari tempat rehat tadi. Turun lagi sampai jumpa anak sungai

Lepas tu bergambar lagi sementara tunggu yang lain

Bah, jalan lagi...

Memang hutan gaiss...



Naik lagi....

hem....

Okbaiii

Ini laluan Kebun Getah

Allahuakbar!

Laluan agak tenang selepas laluan naik curam tadi

Rupanya jalan dihadapan pun curam

Ok, time ni keluar segala bunyi bunyi pelik untuk lepaskan penat


adoii
Naik..jumpa lagi laluan batu besarrr

Life goes on...

Ok,time ni saya memang sangat penat dan lapar

Allah, laparnya....

kau tau ka? time ni tenanga low sangat, mental ja kuat
maklumlah 4 bulan xhiking

Nampak macam tenang laluan dia...macam...

Bila tengo atas, happy la dalam hati "yeah mau sampai puncak, tahan arbaya..tahan..."

Ini pandangan dari atas ke bawah 

Rupanya..ada lagi laluan curam dihadapan. Allah kuatkan aku!

Sekali lagi saya happy laluan tenang, dalam hati cakap "mesti pondok puncak tu di depan sikit lagi..."
Agak kecewa disitu...sampai sekarang tidak nampak tu Podium Puncak

Lepas laluan naik tadi. ada la tempat laluan tenang sikit.

Hemmmmmmmmmmmm

Macam steady la tu muka. dalam gambar ja...sebenarnya kan....huh! 

Time panjat laluan ni saya pandang bawah ja, kalau kau terus terus pandang atas...sakit mental tau!

Kemooonnnnnnn!!!

Pandangan dari atas..bukan bishe bishe~

Allahuuuu

Muka macam seminggu tidak jumpa nasi~

Beginilah rupa podium Puncak Mara Kara Hill
Amazing Hike lah!
Kau faham ka tu perasaan???

"Maturity is when you are hurt like hell from within but you smile like you are the happiest person in the world"
"Ketika tidak sanggup lagi menghadapi beban hidup, menghadaplah ke langit"

Group Photo bersama geng yang ikut laluan 9KM penuh cabaran, ada yang krem kaki, sakit perut, mengeluarkan bunyi harimau akibat keletihan namun kami berjaya menawan puncak. Alhamdulillah, itu semua kuasa Allah.

Kenapa kena kasi nama "Mara Kara"? ha..baca ni.

View dari Puncak Mara Kara Hill

Ok, ini laluan turun dia pun curammmm~

Time ni semua break kaki kami hampirr hanguss. sakit jari kaki tau!

Turun

Ini last anak sungai kau jumpa
Bila la mau sampai ni?

Selepas separuh mati...akhirnya jumpa Gerbang Penamat

Menangis kegembiraan~

Sampai ja terus makan... lapar gila!!

Alhamdulillah~

Lepas makan, terus mandi bersihakan diri. Di belakang dewan kg.sinalapak disediakan 2 bilik mandi dan 2 tandas. Bersih gaiss

Bersih dan selesa. Sila bawa Sabun dan shampoo sendiri

Sebelum balik ada penyampaian sijil. First time ada majlis penyampaian sijil. hahahaha
selalunya main bagi macam tu ja. Well, Tahniah atas usaha kamu team AJK Mara Kara Hill & Eco Tourism

Alhamdulillah satu lagi memori hiking, mengajar diri untuk terus kuat. don't give up. 
Allah has Power over all things
kbaiii

Boleh check Gambar-gambar Gunung/Bukit lain pula (klik nama Gunung/Bukit dalam list dibawah ini):

 Lombong Mamut, Ranau Maliau Basin,Sabah
 Gunung Wakid, Tambunan
➤ Bukit Tuah, Kota Kinabalu
➤ Bukit Balibata, Beaufort
➤ Monggiland Waterfall, Tamparuli
 Aura Montoria, Kota Belud
➤ Mount Trus Madi - Via Sinua
➤ Mount/Gunung Kinabalu
➤ Maragang Hill, Kundasang
➤ Bukit Selomitha, Keningau
➤ Bukit Bongol, Kota Belud
➤ Nulu Kebayau, Telipok, Kota Kinabalu
➤ Bukit Donguan, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Matanoi, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Sosodikon, Kundasang, Sabah
➤ Bukit Boya @ Outward Bound Sabah (OBS)
➤ Bukit Botak @Gundul , Sepanggar
➤ Bukit Nuluh Lapai, Kg Lapasan, Telipok
➤ Bukit Trig, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Kapur, Kg.Rongolis Topokon, Tuaran
➤ Bukit Padang, Kota Kinabalu
➤ Bukit Kopungit, Kepayan
➤ Bukit Merah, Karambunai
 Mara Kara Hill, Tamparuli

You May Also Like

0 comments