Mount Kinabalu | Sabah | Malaysia

by - January 16, 2019


Assalamualikum/ Hi;
Entry Blog paling istimewa bagi saya, pengalaman pertama kali mendaki Gunung Kinabalu (Mount Kinabalu). Mungkin ada pembaca dari Luar Negara ‘termasuk’ dalam entry ini, so saya menggunakan bahasa campuran . Bahhahahaha (perasaann)


Mount Kinabalu located at Kundasang, Sabah, Malaysia – 102 KM / 2 Hours from Kota Kinabalu International Airport (KKIA). You have to make reservation before you can Climb through agent that offer package to Climb MT. Kinabalu (You can search by yourself through Google). Always book the tour with LICENSED TOUR AGENT. There have been cases tourists cheated by UNLICENSED tour operators/agents.  For further details/tips please read this article

Bagi Sabahan/ Sarawak/Semenanjung anda boleh ikut ejen atau mendaftar sendiri – ikut bajet la kan… Kalau mampu boleh serahkan sepenuhnya kepada ejen, kalau mahu jimat kena register sendiri.

Berapa Kos Saya Mendaki MT.Kinabalu? = RM313 (Keseluruhan) 

BAGAIMANA MEMBUAT TEMPAHAN/PENDAFTARAN ?
Anda dinasihatkan membuat Tempahan awal sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mendaki melalui ejen BERDAFTAR

CARA MUDAH (Mungkin agak Mahal) : Cari ejen pelancongan yang menawarkan Pakej Mendaki MT.Kinabalu , Serahkan Yuran, maklumat/dokumen dan Mendaki ~

CARA AGAK SUSAH TAPI JIMAT : - Daftar sendiri
1.       Buat tempahan untuk Penginapan dan Slot (Tarikh) Pendakian
·    Kami memilih Sutera Sanctuary Lodges (SSL) : Kebetulan Pihak SSL membuat promosi untuk Slot Sabahan RM180 (Penginapan + Makan) TIPS :- Kena rajin cek promosi, boleh rujuk Facebook SSL  (https://www.facebook.com/suterasanctuary) untuk sebarang pertanyaan. 
·   Semasa pendaftaran tu, kena sediakan tarikh bila anda ingin mendaki (2 Hari 1 Malam). Sediakan Salinan Kad Pengenalan

2.       Membayar Yuran Pendakian di Kinabalu Park,Kundasang semasa hari pendakian :
·  Yuran yang perlu dibayar : PERMIT MENDAKI, MOUNTAIN GUIDE, INSURAN & TRANSPORT Ke Timpohon Gate : Sila Rujuk :  http://www.sabahparks.org.my/index.php/new-update-rate-fee-for-mount-kinabalu-climbing
 Sediakan Salinan Kad Pengenalan
·   Anda akan diperkenalkan dengan Mountain Guide (1 Mountain Guide – Max 5 orang pendaki). Kalau kamu mendaki seorang pun boleh, tapi mahal sikit la
·   Selepas mendaftar akan diberikan ID (Sila jaga baik-baik , jangan sampai hilang!)
·   Sila dapatkan Lunch box (makanan)
·   Selepas itu, anda akan dibawa menaiki Van ke Timpohon Gate (Starting Point) – Sila bergerak dalam kumpulan – mengikut nama yang anda telah daftarkan semasa membuat tempahan

KELENGKAPAN WAJIB YANG PERLU DIBAWA!
PENTING : Tanya ejen jika tempat penginapan tersebut menyediakan kemudahan seperti Tuala & Sabun/Shampoo. Sekiranya kamu pilih SSL, Tuala mandi, Sabun & Shampoo disediakan. So tidak perlu menyediakan barang-barang tersebut untuk meringankan beban. Sila scroll paling bawah untuk cerita Kelengkapan penting mendaki. haha

BERAPA KETINGGIAN MT.KINABALU ? =  4095.2 M

MASA PENDAKIAN : (2 hari 1 Malam/ 2 Days 1 Night)
Day 1 : Timpohon Gate (Starting Point) to Laban Rata : 3-8 Hours (Mendaki)

Day 2 : 
Laban Rata to Low's Peak  : 2-4 Hours (Mendaki)
Low's Peak to Laban Rata : 1-3 Hours (Turun)
Laban Rata to Timpohon Gate : 2-5 Hours (Turun)

Semasa hari pendakian, pergi ke Kinabalu Park. Sampai gate tu kena bayar
 Yuran Masuk RM3 (seorang)
Google Map Search "Kinabalu Park Entrance"


Kemudian, pergi Pejabat Kinabalu Park untuk mengisi borang dan membayar Yuran Pendakian.
Sediakan Salinan Kad Pengenalan
Team saya ada 5 orang so, kami bayar RM120 seorang (PERMIT MENDAKI, MOUNTAIN GUIDE, INSURAN & TRANSPORT Ke Timpohon Gate)

Parking Kereta di depan Pejabat Kinabalu Park , kalau lambat/penuh parking terpaksa lah kamu parking kereta di luar gate tu.

This is your ID
 you have to show this at 3 check points :
Timpohon Gate, Laban Rata (for Check in) and Sayat-Sayat Hut

STARTING POINT PENDAKIAN
~ Starting point pendakian di Timpohon Gate
~ Dari Pejabat Kinabalu Park ke Timpohon Gate : Pendaki akan menaiki Van yang telah disediakan

Trail mendaki Gunung Kinabalu. Sumber : https://www.mountkinabalu.com/


Briefing by our Guide.
 Guide akan bagi penerangan trail dan peraturan semasa mendaki
Paling penting, ambil gambar dengan team kamu sebelum mendaki.
Kenapa? bikin kenangan gaiss, sebab time mendaki dan turun nanti susah kamu jumpa team sendiri,
masing-masing stamina tidak sama. Ada yang laju, ada yang lambat.
Show your ID to Park Officer (at Timpohon Gate) before you start climb
Kami start mendaki 9.20am
Mari mula mendaki. Yes, kau kena angkat barang sendiri. Nasihat saya, jangan bawa barang banyak! berat!
Tapi jangan risau, bagi yang tidak larat/malas & mampu bayar ada juga Perkhidmatan Mengangkat barang (Porter) - RM130/10Kg . Kamu kena settle semasa di Pejabat Kinabalu Park tau! 
Trail 0.0KM-0.5KM : Waterfall



Cuaca baik semasa kami mula mendaki...
Sampai di KM0.5 : 10 minute (from Timpohon Gate)
Trail KM0.5-KM1.0


Trail KM0.5-KM1.0


Trail KM0.5-KM1.0 : Bagi saya kan, laluan tangga lah yang paling seksa.
Naik penat, turun bikin sakit betis
Trail KM0.5-KM1.0 : Biar slow kau jalan, jangan mau bertanding sama orang lain.
Nanti kau cepat penat. Tak akan lari gunung dikejar bilang orang~~



Trail MT.Kinabalu ni cantik, tidak macam Maragang Hill (licin & berlumpur)
Sampai di Pondok Kandis. Boleh rehat makan/minum.
Boleh refill air minum di setiap pondok, tapi air tidak ditapis ya~~
Sampai di KM1.0 . Kawan kami yang 3 orang 'lesap' sudah. hahaha
Saya & Aaron tinggal di belakang. Guide akan bersama pendaki yang paling last dalam group kamu ya..
Respect! Mengangkat barang untuk disajikan kepada pendaki [Trail KM1.0-KM1.5]
Santai sikit~ [Trail KM1.0-KM1.5]
Laluan redup ~ [Trail KM1.0-KM1.5]


[Trail KM1.0-KM1.5]


Sampai di Pondok Ubah [Trail KM1.0-KM1.5]
Kami berehat sekejap, minum air & makan coklat.
Disini saya baru rasa betapa penat bawa beg tu~
Nasihat: time kamu training sebelum naik Gunung, try bawa beban time kamu hiking
supaya masa mendaki di MT.Kinabalu ni kamu sudah biasa ada 'beban' yang dibawa.
Honestly, masa latihan saya xpernah bawa beban seberat ini! 


Sambung pendakian [Trail KM1.0-KM1.5]


Trail paling famous . Cantik tempat ambil gambar~ [Trail KM1.0-KM1.5]
Sampai KM1.5


[Trail KM1.5-KM2.0]


[Trail KM1.5-KM2.0]
Sampai di KM2.0 


Cuaca Timpohon Gate -- Laban Rata OK, pakai baju biasa saja
sejuk juga tapi kau tidak dapat rasa la, sebab badan panas kan..penat tu mendaki
[Trail KM2.0-KM2.5]
[Trail KM2.0-KM2.5]


[Trail KM2.0-KM2.5]


[Trail KM2.0-KM2.5]


Sampai di KM2.5 - 10.35am
[Trail KM2.5-KM3.0]


[Trail KM2.5-KM3.0]


Sampai di KM3.0 : 10.54am
[Trail KM3.0-KM3.5]


[Trail KM3.0-KM3.5]


[Trail KM3.0-KM3.5]


Sampai di Pondok Mempening . Boleh refill air, ada juga Tandas
Tips mendaki: kalau boleh, jangan terlalu lama sangat berehat, susah 'enjin' panas lagi untuk meneruskan pendakian
akibatnya, kau bertambah penat~
Ok, time ni saya jalan seorang seorang . haha [Trail KM3.0-KM3.5]


Sampai di KM3.5 Sempat selfie ~ 11.30am
[Trail KM3.5-KM4.0]


[Trail KM3.5-KM4.0]


[Trail KM3.5-KM4.0]
[Trail KM3.5-KM4.0]


Nobody around~ [Trail KM3.5-KM4.0]


[Trail KM3.5-KM4.0]




[Trail KM3.5-KM4.0]


[Trail KM3.5-KM4.0]


Sampai di Pondok Layang-Layang : 11.50am


Duduk rehat tunggu kawan & guide
Makan Lunch box
Can you spot the squirrel? [Layang-Layang Shelter]


Ada Paip air, boleh refill air [Layang-Layang Shelter]


Its raining. Masa kami tengah duduk rehat di Pondok Layang-Layang, hujan pun turun~
Tips : Please bring rain coats, ponchos or waterproof jackets


KM4.0 : 12pm
[Trail KM4.0 - KM4.5]


Its raining~ [Trail KM4.0 - KM4.5]


[Trail KM4.0 - KM4.5]


[Trail KM4.0 - KM4.5]


KM4.5 : 12.35PM
Sampai di KM4.5 ni saya rasa macam mau buang saja beg. seriously sangat menguji mental!
Still raining [Trail KM4.5 - KM5.0]

[Trail KM4.5 - KM5.0]

[Trail KM4.5 - KM5.0]

[Trail KM4.5 - KM5.0]

Dia angkat batang paip yang besar .
Melopong tengok, kagum! [Trail KM4.5 - KM5.0]

Sampai di Pondok Villosa. Duduk sembang dengan Pendaki lain sambil tunggu kawan

Selepas Pondok Villosa ni, saya rasa kepenatan tu semakin berganda ganda. ahahha
sebab altitude MT Kinabalu semakin tinggi, kurang oksigen
Tambahan pula saya tidak pernah training bawa beban kalau hiking. gila!
Jalan sikit dari Pondok Villosa, sampai di KM5.0

Hujan berhenti sekejap, confident buka rain coat 

800 M lagi sampai di Laban Rata.
Saat kau jumpa tanda ni, masa tu la kau tau betapa peritnya ujian mendaki MT Kinabalu ni
Mau tau kenapa? p la kau mendaki sendiri! ahhaha

700M to Laban Rata
Ini last gambar tanda menghampiri Laban Rata yang saya snap...
Ada juga rasa macam mau cabut tu tanda! hahha! bikin sakit mental bah!
Jarak macam dekat,tapi bila kau mendaki ..Ya Ampun! macam 1KM kau berjalan tapi tidak sampai sampai
di 100M seterusnya

Sampai di Pondok Paka-Paka, hujan turun lagi gaisss~~
[Trail KM5.0 - Laban Rata]

Ini pondok Paka-Paka, trail dia banyak batu besar
Gambar ni saya ambil semasa turun dari Puncak, so nampak cuaca clear.

Look at that face! Do i look happy? Im not baby!
Im sooooo tired, feel like wanna throw my bag
Relek saja tu Guide tunggu kami.
Sampai sini , happy la konon nampak tu bangunan...rupanya bukan tu tempat penginapan!
sekali lagi mental kau diuji...

Selfie dengan mercu tanda 100M to Laban Rata.
Saya pun inda tau kenapa tu gambar jadi begitu...haha

bukti penat mau putus nafas + lens kena air hujan

And Finally!!!! 2.20PM
Arrived at Laban Rata (accommodation/resthouse)
Check-in


Check-in here. Please show your ID to officer.
Ambil Kunci & tuala
Check-in 1.00PM, kalau kau sampai awal terpaksa tunggu la

Bersihkan diri, solat & rehat sementara tunggu untuk waktu makan
Kalau ada matahari, ada la kau mandi air panas sikit, kalau tiada hentam saja la tu air sejuk.~
Tandas & bilik mandi cantik dan bersih

Waktu makan (Dinner) : 4.30pm - 7.00pm

Makan buffet, memang sedap gaiss~

Time tengok orang angkat barang dari bawah tadi masa mendaki,
saya berikrar dalam hati tidak akan membazir makanan. ahhaha!

got that?

Hujan sudah berhenti masa ni. kami turun untuk menghayati keindahan alam di MT Kinabalu
Time ni masih berkabus~~

Perlahan lahan kabus berlalu

And suddenly!
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia." [Al Baqarah:117]

Sunset + kabus



Balik hostel, solat rehat & sediakan kelengkapan untuk dibawa mendaki ke Puncak pada keesokan hari

drawing before sleep~ 

GOOD MORNING! Day 2 : bangun seawal 1.00am
(sebenarnya tidur xlena..haha . Mungkin nervous mungkin sebab eksited)
Start Makan 2.00AM, Masa mendaki ke Puncak 2.30AM-3.30AM
Selepas 3.30AM tidak lagi dibenarkan mendaki.
Time ni hujan sangat lebat, Ranger cakap kalau hujan tidak berhenti sebelum 3.30am, kesemua pendaki tidak dibenarkan mendaki ke Puncak. Kau tau apa perasaan masa tu? Kecewa beb! ya la kan, sakitnya kau mendaki dari bawah sampai Laban Rata tapi kau tidak sampai Puncak.
Time ni bersungguh-sungguh doa dalam hati hujan akan reda....

Alhamdulillah! hujan mula reda
Kami start Mendaki dari Laban Rata ke Puncak 3.20AM

Masa mendaki ni kau tidak nampak pemandangan di depan, Gelap kan...
So kau tidak tahu macam mana 'rupa' jalan tu. haha
TIPS : bawa Head Lamp!

Sampai di KM7.0
Gelap...sila ikut tali yang disediakan, itu adalah tanda/petunjuk laluan untuk sampai di Puncak

Mendekati Check Point Sayat-Sayat.
Pendaki mesti sampai selewat-lewatnya 5.30AM di Check Point Sayat-Sayat.
Kalau lebih masa, gate akan ditutup, maksudnya pendaki yang lewat tidak dibenarkan lagi meneruskan pendakian!
Please show your ID to oficer at Sayat-Sayat Hut

KM7.5 Selepas CP Sayat-Sayat suhu dia semakin luar biasa. Sejuk gila!
Faham-faham lah kan, hujan lepas tu ada angin lagi.

KM8.0 , Hujan berhenti ;
Kawasan laluan batu & curam
Masa ni bintang sangat cantik weii! tapi sayang tidak mampu snap sebab tangan kebas
Tengok gambar ni pun saya main hentam jak snap. hahaha
Tapi seriously, saya tidak pernah kebas tangan kesejukan macam tu
Sampai di Puncak 5.30am. Kami stay di puncak sampai 7am
Sejuk sangat!
Gambar snap 5.50am

Menikmati indahnya ciptaan Allah : 5.50am

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.Iaitu Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Dikau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Dikau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (QS. Ali Imran: 190-191).

5.54am


Wajib ambil gambar di sini. Kalau tidak, orang tidak percaya kau sampai Puncak.
hahaha. Tangan gegar ambil gambar. sejuk!

Bukti smpai puncak. Kami berehat sekejap menunggu ada cahaya sedikit untuk ambil gambar di "Takhta" ini.
Time ni kau tidak tau sudah rupa kau macam mana....ahahhaha


8 January 2019!

Terpaku!

Smile and focus on camera walaupun kau bergegar kesejukan
Best sunrise ever!

Perlu Homestay area Kota Kinabalu?
Boleh try Borneo Eco Homestay


Life is an adventure~ So live it up!



Allah never said the road would be easy. But He said "I will be with those who have patience"




TURUN DARI PUNCAK KE LABAN RATA (LOW'S PEAK to LABAN RATA) 
'enjoy' the trail and view
Semasa turun dari puncak, saya tidak sangka itulah laluan mendaki awal pagi tadi. OMG!
Masa turun, mentari pun mula mengeluarkan taringnya...silau~ So, bawa la topi ya..



Spot tempat ambil gambar macam cermin...tengok sample dibawah. ahhaa

Hasilnya~


Lompat pun boleh




My Team~







Seolah-olah kau berjalan diatas awan~

Menuju awan nano~


Bila terang begini, baru kau nampak betapa hebat laluan kau subuh-subuh tadi

Mentari yang menghangatkan~

Boleh nampak entiti rumah dan hutan...kecilnya~

stone~

tengoklah tu struktur puncak MT Kinabalu ni . batu sepenuhnya~


Seolah olah berada di atas awan~

Laluan tangga yang bikin sandih kaki





Macam tidak percaya saya ikut laluan tu masa awal pagi tadi. haha
Ada hikmah juga kena mendaki masa tu.
Mungkin kalau time cerah begini baru start mendaki, sakit mental kita tengok tu kecuraman laluan~ hahaha

Atas Awan~

Turun ke Laban Rata








Sampai Laban Rata 8.20am - Sarapan - Balik Bilik Kemas barang- Rehat Sekjap - Checkout

Kena Checkout 10.30AM; Kalau lambat kena bayar la kau~
Gambar Kenangan di depan Laban Rata Resthouse dengan Team

Poyo la sangat~

Alhamdulillah Allah permudahkan kami sampai ke Puncak (Low's Peak).

Kami Mula turun dari Laban Rata ke Timpohon Gate 10.40am
Ascending:Laban Rata toTimpohon Gate 10.40am


Bye Laban Rata! see you when i see you~

Masa turun ni lah betapa kaki, betis lutut kau diuji begitu hebat
haha. Semakin kau slow, semakin sakit~


Ada manusia dalam gambar ni. Cari~ hahaha


Di kawasan ni la saya banyak berhenti masa mendaki, penat!
kurang stamina 



















Respect!










Gambar selftimer~
time ni saya bergerak sendiri. Kaki terlalu sakit kalau turun slow.
so, saya terpaksa berlari meninggalkan kawan~haha


My Shoes Since 2012
Sampai Timpohon Gate 2PM.
Show your ID to Park Officer

Ambik gambar selfie ja gaiss~
Kawan seorang sudah sampai 1.40pm, yang lain masih di belakang
Kamu boleh terus ke gate, naik kereta yang disediakan menuju ke Pejabat Kinabalu Park
Kalau mau tunggu kawan lain pun boleh


Alhamdulillah. Dapat Sijil berwarna. Hahaha
Sampai saja kamu boleh makan di Cafe (turun ikut tangga tu)

Sijil RM10

APA KELENGKAPAN PENTING YANG PERLU DIBAWA?:
If you are climbing Mount Kinabalu, you will need warm clothing such as:
Windbreakers with hood to cover ears (Jaket Kain hujan + pelindung angin supaya dapat hangatkan badan)
- Socks (at least 2 pairs) / Stokin bawa la paling kurang 2 pasang, mati kau kesejukan kalau stokin kau basah, sekurang-kurangnya ada backup stokin.
Waterproof gloves (Lebih bagus beli sarung tangan waterproof, kalau hujan tidaklah tangan kau kesejukan).
Rain coats, Ponchos or Waterproof jackets
- Head Lamp (lampu yang boleh sangkut di kepala kau..haha)
Beanies, caps or balaclava masks (snow cap orang bilang)
- Yoko-yoko ( manatau kan kaki kau kejang/pinggang sakit boleh letak yoko-yoko)
- Tongkat sakti/Hiking Stick

Nasihat paling last; JANGAN TAMBIRANG MASA KAU MENDAKI! hahaha. 
Walaupun kau hebat marathon, hiking bukit sana sini...bila sampai MT.Kinabalu jangan tambirang, sebab cuaca & oksigen yang kau terima tidak sama macam dibawah Gunung!


 Akhir tulisan, haha;
Terima Kasih sangat-sangat to my friends/my Team:
- Yang uruskan segala urusan Pendaftaran dari SSL-Kundasang
- Yang berjalan bersama macam kura kura mau putus nyawa time mendaki dari Timpohon Gate-Laban rata
- Yang tolong 'park' tempat tidur selamat bagi saya
- Yang berjalan menjaga dibelakang time mendaki dari Laban Rata-Low's Peak. Walaupun beliau sebenarnya laju berjalan, tapi terpaksa ikut rentak saya. bahaha. But hey! kita antara 10 orang terawal sampai ok! kira laju juga tu. bahaha
- Yang terpaksa korbankan waterproof glove sendiri kasi pinjam saya walaupun tangan sendiri sebenarnya sejuk. Siapa suruh saya kan beli tu sarung tangan biasa. Sebab tu kena sebaiknya beli Waterproof glove. Kalau cuca ok, boleh...tapi kalau hujan...hem, mati la kau kebas tangan macam sy. hahaha
- Yang bagi pijam Yoko-yoko
- Dan Yang tukang Ambil gambar saya!

Terima Kasih sangat-sangat.
Arbaya AZ ; Climbed MT.Kinabalu (7-8 January 2019)

Alhamdulillah, dalam masa 3 hari selepas turun, Kaki Sihat seperti biasa.


Boleh check Gambar-gambar Gunung/Bukit lain pula (klik nama Gunung/Bukit dalam list dibawah ini):
 Mara Kara Hill, Tamparuli
 Gunung Wakid, Tambunan
➤ Bukit Tuah, Kota Kinabalu
➤ Bukit Balibata, Beaufort
➤ Monggiland Waterfall, Tamparuli
 Aura Montoria, Kota Belud
➤ Mount Trus Madi - Via Sinua
➤ Mount/Gunung Kinabalu
➤ Maragang Hill, Kundasang
➤ Bukit Selomitha, Keningau
➤ Bukit Bongol, Kota Belud
➤ Nulu Kebayau, Telipok, Kota Kinabalu
➤ Bukit Donguan, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Matanoi, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Sosodikon, Kundasang, Sabah
➤ Bukit Boya @ Outward Bound Sabah (OBS)
➤ Bukit Botak @Gundul , Sepanggar
➤ Bukit Nuluh Lapai, Kg Lapasan, Telipok
➤ Bukit Trig, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Kapur, Kg.Rongolis Topokon, Tuaran
➤ Bukit Padang, Kota Kinabalu
➤ Bukit Kopungit, Kepayan
➤ Bukit Merah, Karambunai



You May Also Like

0 comments