Mount Trusmadi (Via Sinua,Sook - Mannan Trail)

by - February 14, 2019


Gunung Trusmadi terletak di Negeri Sabah dengan ketinggian 2642.281 M (Gunung Ke-2 tertinggi di Malaysia). Terdapat 3 laluan untuk sampai ke Puncak Gunung Trusmadi ini iaitu:
1) Sinua, Sook (Via Mannan Trail) - 11.6KM - Kenderaan kecil boleh masuk ke Base Camp
2) Tambunan (Via Kainggaran Trail) - 4.9KM - Perlu menaiki kereta 4x4
3) Apin-Apin, Keningau (Via Mastan Trail) - 4.3KM - Perlu menaiki kereta 4x4

Kami memilih Laluan dari Kg.Sinua, Sook (Via Mannan Trail) iaitu laluan yang terpanjang untuk sampai ke Puncak Gunung Trusmadi - Pakej 3 Hari 2 Malam (SCROLL SIKIT UNTUK CERITA JADUAL, PAKEJ & YURAN)

Di mana tu Kg.Sinua?
Kg.Sinua terletak di Sook (Daerah Keningau), perlu melalui Jalan Pekan Keningau --> Nabawan/Tawau. Sampai Bulatan di Pekan Sook, belok ke kiri untuk ke Kg.Sinua (jalan yang ada Balai Bomba Sook). 
Pekan Sook -> Tulid -> Sinua.

Boleh kah kereta kecil masuk ke Base Camp 1 (BC1) ,Sinua?
Boleh. Jalan Tar dari Pekan Sook ke SK.Sinua, dan 2KM jalan batu untuk sampai ke BC1. Jalan batu elok, tapi perlahan lahan la ya...

Coverage Line Telefon
Tidak ada coverage line telefon di BC1. Line dari Pekan Sook --> SK Sinua OK, tapi bila mau masuk ke Base Camp 1 line telefon terputus. Jadi,sebelum mendaki maklumkan kepada ahli keluarga kamu pigi mendaki, nanti diorang tercari cari kau hilang 3 hari. hahaha

Tips barang yang perlu dibawa? (sila scroll paaalinggg bawah)

Map Location masuk ke Base Camp 1(BC1) 
Memandangkan tidak ada coverage line phone masuk ke BC1, kamu boleh pin location SK.Sinua Sook :


JALAN MASUK - Jalan raya ke Base Camp 1 (Trusmadi Via Sinua,Sook)


Jalan dari Pekan Sook - Sinua (Jalan Tar)

Sampai di penghujung jalan sudah gaiiss. Depan tu SK.Sinua, belok ke kiri (rujuk gambar)

Jalan batu 2KM untuk sampai ke BC1

Jalan ke BC 1 Trusmadi Via Sinua

Ikut Jalan lurus. Jangan masuk ke "Rumbio Trusmadi Riverside Park" tu..
kami tersesat lalu masuk ke jalan salah. Sedikit info, Rumbio Trusmadi Riverside Park tu tempat mandi manda, picnic, camping sesuai untuk cuti cuti ~

Jumpa ni signboard Sinua Trusmadi. ikut arah dalam gambar tu


Sampai di Base Camp 1 (Trusmadi Via Sinua)

JADUAL PENDAKIAN (3 HARI 2 MALAM)
# HARI PERTAMA : (Tidak ada pendakian pada hari pertama)
- Perjalanan ke Base Camp 1- Kenderaan sendiri (Terpulang lah jam berapa kamu mau sampai)
- Bermalam di BC1
- Lepak sembang / sesi berkenalan dengan kawan-kawan baru
- Makan malam (Kami masak sendiri-bawa makanan sendiri)

# HARI KE-2 : Pendakian dari BC1 ke BC2
- Pagi seawal 7.30am bertolak dari BC1  ke Starting Point : menggunakan kenderaan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan (jarak 1.5KM)
- Pendakian dari Starting Point ke BC2 (jangkaan sampai ke BC2 12pm-4pm)
- Bermalam di BC2

# HARI KE-3 : Pendakian ke Puncak Trusmadi & Turun ke BC1 dan pulang
- Pendakian ke Puncak seawal 1 pagi (Jangkaan sampai 4-6am)
- Turun ke BC 2 dari Puncak selewat lewatnya 7am (Jangkaan sampai ke BC2 10-12pm)
- Makan 
- Turun ke BC1 dari BC2 (Jangkaan sampai ke BC1 2-5pm)
- SAYONARA....kembali ke tempat asal masing masing

YURAN
Yuran berbeza bergantung kepada berapa orang dalam kumpulan kamu. Berikut adalah rate yang diberikan oleh Pihak Pengurusan (info dari Whatsapp) - 2019 . Mengikut bilangan orang perGroup:
1 orang = RM546 
2 orang = RM371/head
3 - 7 orang = RM331/head
8 - 12 orang = RM288/head
19 - 30 orang = RM275/head

Bayaran Termasuk : Permit Mendaki, Yuran Masuk, Sijil, Guide & Penginapan
Tidak Termasuk dalam Yuran : Makan, Kenderaan ke BC 1 & Porter (tukang angkat barang)

Kami 11 orang so, bayaran RM288 seorang.
Lagi ramai, lagi murah. Limit 30 org 1 kumpulan. Harga mungkin berubah dari masa ke semasa, sila contact pihak pengurusan untuk maklumat lanjut

CONTACT PERSON TRUSMADI (Via Sinua) : En.Dennis 0138845327

HARI PERTAMA : SUASANA di BASE CAMP 1 
Suasana di BC1 sangat aman damai dan sentosa .
Jauh dari kesibukan Bandar dan yang penting TIADA LINE TELEFON hahahaha.
INFO PENTING: Bekalan eletrik ditutup sehingga 9.30pm


Ini lah suasana di Base Camp 1 Trusmadi via Sinua

Ada kolam dan tempat parking kereta juga disediakan.
Kalau boring, boleh beli baja ikan dan bagi ikan-ikan makan dalam kolam (kolam sebelah cafe)

Ada Cafe. Kalau kamu malas masak malam hari pertama tu, boleh la makan di sini. BAYAR ok! tidak termasuk dalam Yuran

Ha...inilah tempat penginapan Pendaki. Ada Katil dan dapur.
 Sebelah Pondok Penginapan ada pondok terbuka tempat Solat (Sejadah/telekung bawa sendiri)
Yeah! ini adalah katil ala-ala tentera siap dengan kelambu.
Tidak ada bantal dan selimut disediakan.
TIPS : Sila bawa Sleeping Bag, kalau tak mati kau kesejukan.
Tidak tau apa macam rupa sleeping bag? kau cari sana GOOGLE
Di BC1 ini ada Canopy walk... jangan lepaskan peluang~

Ini dapur (1 bumbung/pondok dengan tempat tidur)
Gas & dapur memasak, periuk,cerek,tempat masak nasi, gelas,pinggan dan sudu disediakan


Yeah! sesi makan dan berkenalan dengan kawan-kawan baru.
Saya diajak kawan sekerja untuk join Group Hiking diorang dan saya membawa 3 orang lagi kawan.
Alhamdulillah semuanya "masuk air" seperti saya juga. hahahaha
Alhamdulillah, ni lah menu kami : nasi impit, ikan masin cicah limau&lada, dan Sardin.
Bila kau bersukur apa yang ada, Allah akan bagi nikmat kebahagiaan.

TQ Mami Emma bawakan ikan masin sedap!
TIPS : Bawa nasi impit/ketupat dalam plastik senang dimasak dan tahan berbanding dengan beras biasa
Suasana malam.
TIPS : Mandi sebelum hari gelap sebab cuaca disini sejuk.
TANDAS : 4 tandas + Shower disediakan (kondisi tandas OK)
Lain juga perangai masuk air diorang ni. Sebelum tidur kau kena suruh p katil masing-masing, untuk rekod video memperkenalkan diri dan bagi ucapan . Kenangan lah, ketawa terbahak bahak dibuatnya....
Saya Seperti biasa. Melukis sementara menunggu bekalan eleterik ditutup.

HARI KE-2 : GOOD MORNING!
Hari Ke-2, start mendaki dari BC1 ke BC2. Kami telah berbincang dari awal barang makanan kami upah Porter untuk angkat dar BC1 ke BC2. TIPS : Sebelum mendaki tu kamu buat lah Group Whatsapp untuk bincang perjalanan,tips dan barang-barang yang prlu dibawa mendaki.

Bayaran Porter Angkat barang makanan = RM60/10kg

Sesi taklimat dari dari En.Dennis (PIC Trusmadi via Sinua)

Sebelum jalan baca doa dulu.
Tanpa Allah siapalah kita?

Ambik gambar kenangan ~

Kami dibawa ke Starting Point dengan menggunakan kenderaan yang telah disediakan oleh Pihak Pengurusan

Sampai di Starting Point. Buat pemanasan badan sebelum mendaki.
Terkejut nanti otot kau, ahhaha

Ambik lagi gambar gaiss~
Ni la Kumpulan kami ada 11 orang semuanya~
Mari saya kenalkan...kami terdiri daripada 4 orang pendaki bebas yang tiada nama group, 3 orang Penggagahi Hikers (Weston) dan 4 orang Pemajal Hikers (Sipitang). Bergabung meletop semua masuk air. wakwkwkw
Laluan mendaki dimulakan dengan Jambatan Gantung : Lanting Sosodopon

Bismillahirahmanirahim.
Kami mula melangkah kaki pada 7.50am
Jalan naik~

Dalam 15 minit jalan berlenggang sampai la ke Jambatan Gantung ke -2 : Lanting Mamai Roy.
Berhenti lagi untuk ambil gambar.
Laluan ni kau kena naik-turun-santai-naik-turun dan ulang lagi. hahaha

Jalan jalan juga...sekali sekala tu kena tengok pakaian dan kasut kamu takut ada PACAT melekat tanpa disedari.
jeng jeng jeng...

Jalan menuju ke BC2 redup, aman dan damai.
Dikelilingi oleh flora dan fauna

Ini tag jarak menuju ke Puncak ya, bukan berapa jarak kau sudah berjalan.
Contohnya tag ni maksud dia..10,200M lagi kau mau sampai Puncak
3 orang dihadapan itu geng saya yang bebas tiada group~
Mana sudah geng yang baju merah tadi?
Diorang sudah saaanaaa depan. laju gais~

Laluan turun lagi

Tengok lah tu akar pokok~

Turun dengan steady~

Ada laluan air. Kalau air mau habis sudah boleh refill
Team di belakang . hahaha
Baju biru tu c Zul kawan kerja (lain cawangan opis).
Yang baju oren tu c Adol paling buat hal.
Yang baju hijau tu c Chong Guide yang menjaga pendaki paling belakang.

9,200M lagi sampai ke Puncak : 8.51am
Laluan anak sungai lagi

Laluan ni ada anak sungai disebelahnya...
nah, depan sudah c Zul & Adol . hahaha

Sampai di sini kelihat kawan-kawan kami sedang menunggu sambil rehat.
Kami dihubungkan oleh Walkie Talkie . so, kita tau dimana kedudukan/pergerakan Ahli kumpulan yang lain

Saya sangat suka team mendaki kali ni sebab saling tunggu menunggu.
Ada sesetengah orang tu kan dia mau cepat, mau bertanding kunun siapa duluan sampai.
hahaha

Tempat rehat ni ada air mengalir~ boleh refill air sini.
Kami berehat dalam 8minit disini sebelum meneruskan pendakian
Sambung pendakian
Laluan ni agak pacak sikit

pacak gaiss~

8,900 M lagi jarak untuk sampai ke Puncak : 9.09AM

Baby periuk kera

Askar-askar semut sedang berkawad

Tahan jambatan ni bosku~

8,100M lagi sampai ke Puncak : 9.29AM
Rehat lagi. Terima kasih kerana tidak meninggalkan kami jauh di belakang

Kau nampak tu Pacat?
Time rehat rehat tu jangan lupa periksa. Mana tau tiba tiba Pacat sudah naik di badanmu

Start sini saya perasaan jalan dia naik terus tapi tidak terlalu curam la.

watch your step

naik terus..bukan macam laluan sebelum ni kau ada turun,naik dan santai

7,600M lagi sampai ke Puncak. 9.48AM

Disini kau jumpa banyak begini. Pokok diselaputi tumbuhan seperti lumut ini

Laluan ranting kayu yang mereput

7,000M lagi sampai ke Puncak . 10.13AM
Sepanjang laluan kami banyak berhenti sebab jalan semakin tough.
Naik terus gaiss~


TIPS: Bawa la makanan ringan contohnya Coklat Snickers , energy bar atau roti
Air Paling penting!


Jumpa lagi team didepan. Setia menanti~
Mau tertidur sudah diorang tunggu. haha

Sahabat sejati~
"Hard times will always reveal true friends"

Awas Pacat!

Tempat rehat ni ada sumber air. So kau boleh refill air atau cuci muka disini~
11.00AM Teruskan lagi pendakian. Sini nampak laluan santai sikit



entah...

Laluan dedaun rimbun...

naikkkkk

Ok rehat sesi tungu menunggu

yah! kawasan rehat ni boleh ambil air dan cuci muka~

Ni Dog dia ikut kami dari bawah tadi. Kesian kena gigit pacat, macam 5 ekor p gigit dia.
Mujur ada c Aaron tolong bukakan pacat. Kekenyangan semua pacat~
11.27AM


Entah apa ini binatang~


Sampai sini 11.44 AM
Ini adalah sempadan Kawasan Hutan Biasa dan Hutan Mossy (sori bukan pakar nama kategori hutan) 

Laluan kini masuk Hutan Mossy.
Kalau sudah masuk kawasan ni tidak jauh sudah dari Base Camp 2

4,800M lagi sampai ke Puncak. 12.07TGH


Hati hati. Tengok langkah, banyak akar

Tangga kayu yang comel


Kawasan Hutan Mossy ni memang cantik lah untuk kau berposing ambil gambar


Jangan risau, tangga ni kukuh

Akar is everywhere~


Jumpa lagi diorang~ sebab telampau banyak diorang ni berposing ambil gambar..
sampai terkejar~



Together we stronger~

Bersama kita Menuju Base Camp 2. hahaha

Berhenti berehat dan bergambar gambar

Awas. Pastikan tali kasut kamu diikat dengan rapi. nanti tersangkut pula ~

Yang sana tu c Din. pantang nampak camera. hahaha

Laluan turun sikit

Sinar cahaya kemenangan gaiss~~

Alhamdulillah sampai di Base Camp 2 12.50TGH
Tempat diorang duduk tu DAPUR ya..
Semasa kami sampai, ada pendaki sebelum kami belum 'Check-Out' dari khemah Base Camp 2, So kami duduk lah lepak di Dapur.


Sampai saja, Kak Ayu terus masak Air untuk Team.
Terima Kasih Kak =)
Dapur sama juga macam di Base Camp 1 ada dapur gas, peralatan memasak,pinggan,mangkuk, gelas dan sudu

Sampai saja memang lapar tahap dewa dewi gaiss!!!
Makanan kami sudah sampai terlebih dahulu dibawa oleh adik Porter.
Time ni kau hentam ja apa makanan yang ada. semua sedap, hahaha


OK gaiss. ini lah Kawasan/Suasana di Base Camp 2.
Ada Dapur, (2 Kem), (2 Tandas - Tandas dia style kampung gaiss)
Tempat lepak.
Cuaca disini sangatlah sejuk!
kau nampak macam panas tapi..pergh sejuk beb!
Sedap gais. sejuk sejuk makan migii
1.20PM

Selepas Makan kami masuk ke Khemah, parking katil masing masing. Katil sama juga macam di Base Camp 1 . Lepas tu Bersihkan diri & Mandi. Yang boleh solat tu solat...

INFO PENTING : BASE CAMP 2 TIDAK ADA BEKALAN ELETRIK atau lebih mudah, tiada karan maka tiada lah lampu gaiss. So, kamu kena masak awal untuk Dinner



1.17PM masak Nasi impit 2 pek. Kami sedia masak time makan sebaik tiba di Base Camp 2 tadi


5.00PM : Masuk dapur...eh? ada sudah lauk kena masak.
Menu kami Ikan masin, Sardin (tin), Ayam masak merah (tin), Nasi goreng, Spageti
dan paling penting ada sambal lada . nyaammmmm
Macam sudah lamaaa kenal diorang ni. Kami macam keluarga sudah.
Cerita-cerita sementara menunggu yang lain masuk dapur
Makaaaannnnn!!!!

semua pakai jaket! sajukkk!
Ha, ni la chef yang bertanggungjawab menyediakan makanan kami tadi.
Terima Kasih Man & Dan. Semoga Allah murahkan rezeki.
Tiba-tiba masuk dapur siap sudah makanan terhidang.
Aktiviti bebas selepas makan~ rindu la kamu semua~
Panaskan air dan minum lagi~~
TIPS : Sila bawa 3 in 1 minuman citarasa masing masing.
sejuk gaiss, kau kena minum yang panas panas untuk menghangatkan badan
6.14PM : Kami bergerak melihat Sunset. situ bawa kem
Port layan Sunset di Base Camp 2.
Tapi time ni kabus tebal, sunset kurang menyengat~
Group Photo itu wajib untuk kenangan gaiss~~
Ini la kami semua termasuk 3 orang Guide

Free Style ka juga ni?
7.48PM : Keluar melihat keindahan bintang bintang dilangit
These two di dapur layan badminton sambil tunggu air masak. Refill itu bekas air pink tuunaaa
Macam biasa. Rekod Video sebelum tidur, sama juga perkenalkan diri dan ucapan. Adoiii ketawa saja kerja gaiss.

GOOD NIGHT !!! 
Sebelum tidur sediakan barang-barang dibawa ke Puncak. Barang-barang lain boleh simpan di Kem BC2

HARI KE-3 : Mendaki dari BC2 ke Puncak
Bangun seawal 12thg mlm, Kalau sempat makan lah sikit ya...
Kalau tidak sempat makan, bawa bekal makanan ringan. Paling lapar bila kau mau turun dari puncak nanti! Ini pengalaman jangan kau tambirang! Sekurang kurangnya bawa la Coklat atau Biskut.

PENTING : Laluan BC2 ke Puncak tidak ada tempat refill air! so bawa air lebih sikit. Dalam 1 Liter (2 botol mineral kecil -500ml)


12.34AM : Bersiap....
Yang lain menunggu di unggun api. sejuk oiiii!!!
1.10AM : Berkumpul baca doa sebelum mula mendaki ke Puncak.
Tanpa izin  Allah, kita tidak mungkin ada kekuatan untuk sampai disini
1.12AM : kami mula mendaki dari BC2 ke Puncak.
Yeah! berjalan dalam gelap. Kau kena bawa headlamp
Cek headlamp, pastikan bateri OK

1.31AM sampai di 3,600M dari Puncak.
Laluan ni kau kena banyak guna tangan untuk merangkak/capai akar untuk mendaki


1.45AM : 3,300M menuju puncak.
Gelap, kau tidak nampak keadaan laluan .
Yang kau tau just keep climbing.
Yeah. kami banyak berhenti berehat.
Menunggu kawan yang lain dibelakang.

love this team!

yang ni tidak ingat sudah mana kami berehat

Laluan tangga

Merangkak gaiss...
Siapa la ni kan?
Ni si Lan, selama dia di depan saya mulut tidak pernah berhenti berdoa minta Allah kuatkan semangat!

Steady sangat konon lah.

3.12AM : 2,200M menuju Puncak
Itu si Fikir. Headlamp dia sangat terang. Terima Kasih jadi lightMan 

hem....mencabar tidak terkata

3.48AM : Santai diposisi

Berehat bersama Snickers~

4.53AM : 500M lagi menuju Puncak!
Kamu boleh nampak Laban Rata dan Puncak Gunung Kinabalu masa on the way ke Puncak.
Lampu jak la kau nampak. Gelap kan. Langit cangat cantik, dipenuhi bintang
5.16AM : Sampai Puncak bersama 3 kawan + Guide.
Kami berehat makan coklat, minum dan santai-santai sebelum meneruskan perjalanan ke Tower.
Yeah. Tower tu terletak 300M dari Puncak sebenar Gunung Trusmadi.
5.45AM : Tower. best tempat tengok Sunrise berbanding di Puncak tadi.
Boleh muat dalam 5-6 orang sahaja.
So, kena bergilir gilir

Bintik-bintik tu Bintang gaiss~~cantik tau!

5.50AM : Pemandangan dari Tower Trusmadi

Subahanallah~

6.02AM : Tower Trusmadi

Gunung Kinabalu from Tower Trusmadi

The best smile after the hardest climb

The silly me with my drawing



Look at that! itu Gunung Kinabalu tau!

Again~
Suhu sekitar 6.4 - 6.8 DC
Brothers~ Sebelum ni kami tiada nama group, sebab bebas kan.
Sepanjang pendakian Subuh tadi kami sembang sembang dengan Pemajal & Penggagahi Hikers
supaya meletakkan Nama Group Kami "Esteady Hikers" dengan slogan "Tatap Sampai"
So, on 4 FEB 2019, MT.Trusmadi terbentuklan Group ini. ahahhahaha
Gambar ni dekat Tower Trusmadi
Ok, bergerak ke Puncak Trusmadi semula~
My coworkers~ Tq Zul (baju oren) ajak hiking, kalau tidak mungkin inda la kenal sama diorang yang lain tu.
Gambar di Puncak Trusmadi 
Mencari Homestay di Kota Kinabalu?Bah, boleh kamu try Borneo Eco Homestay.Boleh tengok-tengok di Facebook diorang Borneo Eco Homestay. (atau klik saja gambar ni untuk ke FB diorang)



7.00AM : Kami mula turun dari Puncak ke BC2 (laluan sama)

Ok, kamu layan lah laluan turun ni. Tadi subuh kau tidak nampak trail dia kan?..nah masa turun baru lah kau nampak kehebatan dia punya laluan.

Disini saya bagi sikit saja gambar, sebab penat sudah...malas ambil gambar lagipun bateri kamera sudah mau habis. Lagipun mau kamu sendiri tengok macam mana bestnya mendaki di MT Trusmadi ini.


Masa on the way turun ke BC2 kau akan jumpa banyak periuk kera yang besar. yang kau tidak pernah nampak sebelum ini.

Periuk kera dia macam macam bentuk. Sangat unik! Kamu patut datang tengok sendiri
Allah...cantik sangat view dia!

Atas awan gaiss...




ada beberapa laluan begini yang kau kena reda ~

Periuk kera yang kering



Laluan turun Puncak ke Base Camp 2

Laluan turun Puncak ke Base Camp 2

 Lan & Fikri
Hati  hati gaiss
Laluan turun Puncak ke Base Camp 2

Laluan turun Puncak ke Base Camp 2

Kaki saya banyak kali tersangkut. Kau tau kenapa?
sebab lapar...tidak peduli sudah tu jalan. hahaha

Laluan turun Puncak ke Base Camp 2

Laluan turun Puncak ke Base Camp 2

Awas Kepala!

Masa ni baru kau tau hebatnya laluan Subuh tadi


Kami terima panggilan dari Walkie Talkie. Kawan dibelakang lapar, mau nangis sudah. ahhahaha
Jadi, kami tinggalkan Makanan di 1,800M dari puncak
Laluan turun Puncak ke Base Camp 2

Laluan turun Puncak ke Base Camp 2

Laluan turun Puncak ke Base Camp 2

itu Kak Ayu.
Laluan turun Puncak ke Base Camp 2

Menyempat ja minta kena ambil gambar, TQ Man!  ahhaa

Laluan Puncak-Base Camp 2 kau tidak akan nampak masa mendaki sebab gelap.
Sekali kau turun...kau tidak akan menyangka kau lalu jalan jalan penuh akar, tangga, lumpur, kayu dan sebagainya lah!. hahaha

Tengoklah akar pokok tu macam mana.
Guide nasihatkan tidak perlu bawa stick/tongkat naik ke Puncak sebab banyak akar/pokok untuk kau berpaut

Ada beberapa laluan tangga begini sepanjang laluan Puncak-Base Camp 2

Rehat. Gambar Selftimer~

begitulah jadinya~
Selfie kelaparan~

Macam tengkorak punya bentuk

Alhamdulillah sampai di Base Camp 2: 10.08AM
Punya saya happy nampak tu Kem! Macam mau nangis
LAPAR beb!

Tanpa Membuang masa~
Mee Hun tu sebenarnya belum lembut sepenuhnya...saya sudah pigi makan
memang lapar!

Santai di unggun api sebelum Turun ke BC1 dan pulang

Kemas barang untuk Turun ke BC 1



TURUN DARI BASE CAMP 2 ke BASE CAMP 1
Kami mula turun dari BC2 ke BC1 pada 12.15PM

Kawasan Hutan Mossy tu saya ada kawan lagi~
Lepas kawasan Hutan Mossy terus laju turun. Kalau perlahan kaki jadi sakit.
Ada 2 kawan dihadapan saya.. tiba tiba di jarak 5,500 M saya bersendirian.
Diorang 2 di depan tu semakin laju, dan saya juga semakin laju meninggalkan diorang yang lain dibelakang

Alone~ masa ni tidak kelihatan sudah orang

OK, sampai sini saya ada kawan sudah.
Si Dis (Porter) sempat kejar. Alhamdulillah
dapat juga rehat kejap minum air.
Saya tidak berhenti rehat sepanjang jalan berseorangan sebab takut.
So, i keep walking + running


Si Dis tolong jadi photographer

Almost there



Ha ni si Dis. Porter .
Terima Kasih Dis teman kakak.
Tepat 3.00PM saya sampai di Starting Point. Alhamdulillah!
2 orang kawan sudah sampai terlebih dahulu.
Yang lain masih berjuang.
Time sampai tu ada sudah kereta menunggu untuk hantar ke BC 1



Bahagianya sampai di Base Camp 1

Sampai di Base Camp 1, mandi , ambil sijil , yang boleh solat tu Solat lah du;u...Kemudian salam bersalaman dan Balik ke tempat asal masing-masing. Time ni sakit di kaki tu mula menyengat sedikit. Hahaha

Antara KEPERLUAN BARANGAN HIKING
- Baju Hujan
- Headlamp
- Baju Sejuk 
- Tuala
- Berus Gigi 
- Sabun 
- Cap/Snowcap
- Power Bank + USB Cable
- Charger Phone (Boleh Caj Di BC1 Sahaja)
- Sleeping Beg (Wajib!)
- Stokin
- Kasut Hiking
- Pakaian 2 Pasang
- Makanan Tambahan (Coklat)
- Body Warmer (boleh beli di Daiso)
- Plastik (Tempat Simpan Kain Kotor)
- Sejadah Kecil
- Botol Air
- Beg Kecil (Untuk Ke Puncak)
- Yoko Yoko
- Ubat-ubatan 
- Glove 
- Makanan Tin & Ketupat (Nasi Impit), Maggi
- Minuman Glucose
- Insect Repellent
- Baygon (Pacat)




SPECIAL THANX TO OUR GUIDE!


Terima Kasih Chong! beliau telah menceriakan perjalanan kami dari BC1 sampai Puncak...sampai lah balik. ahahha

Terima Kasih Dis & Larry. Kongsi cerita dan sentiasa sabar dengan c Adol . abahahaha

MT.TRUS MADI 
02-04 FEBRUARY 2019
Terima Kasih atas semua kenangan terindah.
Esteady Hikers , Pemajal Hikers & Penggagahi Hikers





Boleh check Gambar-gambar Gunung/Bukit lain pula (klik nama Gunung/Bukit dalam list dibawah ini):
 Lombong Mamut, Ranau
➤ Maliau Basin,Sabah
 Mara Kara Hill, Tamparuli
➤ Bukit Balibata, Beaufort
➤ Monggiland Waterfall, Tamparuli
 Aura Montoria, Kota Belud
➤ Mount Trus Madi - Via Sinua
➤ Mount/Gunung Kinabalu
➤ Maragang Hill, Kundasang
➤ Bukit Selomitha, Keningau
➤ Bukit Bongol, Kota Belud
➤ Nulu Kebayau, Telipok, Kota Kinabalu
➤ Bukit Donguan, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Matanoi, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Sosodikon, Kundasang, Sabah
➤ Bukit Boya @ Outward Bound Sabah (OBS)
➤ Bukit Botak @Gundul , Sepanggar
➤ Bukit Nuluh Lapai, Kg Lapasan, Telipok
➤ Bukit Trig, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Kapur, Kg.Rongolis Topokon, Tuaran
➤ Bukit Padang, Kota Kinabalu
➤ Bukit Kopungit, Kepayan
➤ Bukit Merah, Karambunai




You May Also Like

0 comments