Gunung Wakid | Tambunan | Sabah

by - July 18, 2019

Gunung Wakid terletak di Kg.Sunsuron, Tambunan Sabah . Untuk mendaki ke Gunung Wakid ini anda perlu Guide dan bayar Yuran, macam mana buat tempahan untuk mendaki? Boleh tengok Facebook Gunung Wakid ( https://www.facebook.com/gunungwakid ) :




Berapa Yuran Mendaki Gunung Wakid?
RM80 : Bayaran ini termasuk:-
1) Permit
2) Guide
3) Sijil
4) Makan tengahari
Yuran dan pakej mungkin berubah dari masa ke semasa. Untuk maklumat lanjut boleh lah hubungi nombor di dalam Facebook Gunung Wakid

Jangka Masa Mendaki (Naik & Turun)
- Anggaran : 3 jam 30 min - 8 jam
- Kami mengambil masa 3 jam 45 minit complete pendakian

LOKASI
Boleh tunggu Guide kamu dekat Balai Polis atau point ke lokasi ini. Boleh juga Search "Gereja Spiritu Tobitua Sunsuron" dalam Google Maps/Waze




CERITA JALAN KE STARTING POINT GUNUNG WAKID
Kami mencari jalan ke Gunung Wakid berpandukan lokasi yang diberikan oleh Admin Gunung Wakid, time mencari jalan tu agak bingung sebab tidak yakin tu lokasi, memandangkan line internet juga agak lemah. Saya drive seorang dengan berpandukan kereta kawan dihadapan. Key cuma balai polis hahaha, Admin minta kami tunggu dekat Balai Polis sebab Guide yang bertugas tinggal area situ.


Ni Balai Polis, kami parking tepi jalan tunggu Guide ambil. Jalan masuk ke Starting Point tu kena masuk Simpang yang ada signboard Gereja Katolik (Sebelum balai polis kalau arah dari Kota Kinabalu (Simpang Kiri), Kalau dari Pekan Tambunan selepas Balai Polis (simpang Kanan)). Simpang masuk tu dekat saja dengan balai polis tu.


Kami naik kereta 'pikap' dari tempat parking (balai polis) ke starting point. Kereta kecil ja kan, sayang mau bawa masuk, ahahhaha
Sampai di starting point Gunung Wakid, disambut dengan trail jambatan gantung
Sebelum memulakan pendakian, kami berkenalan dulu sama Guide. Tu baju hitam Guide kami nama dia Ali. Lepas tu buat sedikit warm up

TRAIL MENDAKI KE PUNCAK GUNUNG WAKID

Trail mendaki ke Puncak dimulakan dengan laluan santai (jungle trekking) lalu anak sungai, jalan santai santai. Laluan mencabar (curam) di Jingkung Trail dan semasa menuruni bukit. Bah, malas mau taip, kamu tengoklah sendiri gambar trail dia di bawah ni.


Ni la trail permulaan Gunung Wakid


Trail santai saja bossku~


Laluan anak sungai. Time kami mendaki ni, time kemarau. jadi air agak kecil.




Lepas laluan anak sungai tadi, lalu trail biasa


ada mini jambatan disitu~


Okay, ini trail lama. Trail baru kau kena lalu signboard ni jalan terus, jangan naik disini. Tapi nanti kalau turun kamu akan lalu juga ini trail
Jalan terus selepas Sign "Wakid Old Trail"


Lalu "Kolopis Waterfall", teruskan pendakian, dinasihkatkan habiskan dulu sampai ke pucak. Time turun bukit nanti baru lah singgah di Kolopis waterfall ni.


Terus berjalan


Sampai di Noel Camp


Di Noel Camp ni ada tandas, tapi air paip dia tiada.....


Tapi jangan risau.....ada tempat ambil air bah. Dekat saja dengan tandas tu


Teamwork gaisss~
Teruskan lagi berjalan, jumpa lagi trail anak sungai yang berbatu




Awas Sayur! hahaha. kalau kamu jumpa tu tumbuhan hijau yang comel jangan pijak! Sayur orang tanam gaiss~
Berehat sekejap. Penghujung trail anak sungai
Jalan jalan lepas tu jumpa Jingkung Trail. Laluan ni curam 70-80 darjah


Sebelum naik, Ali bagi sedikit mukadimmah ni laluan. ahhaha


AWAS KEPALA


panjat, jangan xpanjat~


Keep moving


laluan ni kau kena bergantung pada kekuatan tangan, berpaut pada pokok,akar mahupun batu


Curam~


okay we made it. rehat sekejap di kawasan landai ni
waw! tinggi!


kemooonnn bro! skuad paling kuat mental


almost there... Puncak 1


Sampai di Puncak 1.. 2 puncak lagi. Laluan turun nanti tidak akan lalu di sini lagi, so ambil la gambar kenangan sini sebelum meneruskan pendakian


Selfie kepenatan~


Pictures with le brothers. Thank you Ali snap gambar kami
Jalan lagi menuju ke Puncak 2

Ok, ni Puncak 2 . Kawasan dia luas dari Puncak 1 tadi

Yo!

Bukti sampai. ahahhahaha



View dari Puncak 2

View dari Puncak 2
Teruskan lagi perjalanan menuju Puncak 3, trail dia kena turun lepas tu naik sikit

On the way ke Puncak 3

Naik sikit Jumpa Puncak 3

View dari Puncak 3, boleh nampak jalan raya starting point tadi

View Puncak 3: yang peak kena tunjuk anak panah tu Puncak 2


View dari Puncak 3


TRAIL TURUN KE STARTING POINT
Gunung Wakid ada 3 Puncak, lepas Puncak 3 kena turun - Singgah Kolopis Waterfall - Kembali ke Starting Point. 


Laluan turun ni memang curam

Kalau kamu jenis yang "jaga" kecantikan tangan bawa la glove

Pakai kasut yang bergigi



Ha, turun punya turun jumpa balik tu sign "Wakid Old Trail"
Macam kami ja yang mendaki on that time. ahahhaa



Jalan lagi untuk ke Kolopis Waterfall


Kawasan turun ke Waterfall tu berbatu besar, time kami mendaki ni musim kemarau, so..lumut di batu tu sudah kering. Time kamu mendaki mungkin kawasan ni basah, kena hati hati la tu langkah. Jangan risau trail ni TIADA PACAT

Watch your step

ni ha Waterfall dia. Air dia tidak berapa banyak sebab agak kering kan time tu. Kalau mau mandi, boleh la bawa pakaian . kami x mandi singgah ja untuk cuci muka

Photo Group

Lepas tu c Ali bawa ikut trail mencabar ni. hahaha

Sini saya snap gambar sikit ja, fokus pada jalan

Jalan punya jalan...jumpa trail time mendaki tadi untuk ke Starting Point


Jumpa balik kawasan anak sungai yang ada sayur

Jalan jalan jalan jalan. Sampai~
Tapi kereta yang ambil kami belum sampai.. sebab kami terlalu awal sampai

So, we decided jalan kaki la p tempat parking kereta.
Lalu Sekolah-Singgah Kedai beli air- then jalan ke tempat parking kereta

Memang memenatkan lah perjalanan tu. Plus, kasut yang saya pakai xsesuai, 1st time pakai kasut adidas kampung hentam tu trail begitu. Lepas ambil kereta- kami ke Homestay yang tempat disediakan Makan Tengahari

Lepas dapat sijil, terus balik KK. Geng lain jalan-jalan sana Pekan Tambunan

"One day you will be just a memory for some people. Do your best to be a good one"

Boleh check Gambar-gambar Gunung/Bukit lain pula (klik nama Gunung/Bukit dalam list dibawah ini):
 Lombong Mamut, Ranau ➤ Maliau Basin,Sabah
 Mara Kara Hill, Tamparuli
 Gunung Wakid, Tambunan
➤ Bukit Tuah, Kota Kinabalu
➤ Bukit Balibata, Beaufort
➤ Monggiland Waterfall, Tamparuli
 Aura Montoria, Kota Belud
➤ Mount Trus Madi - Via Sinua
➤ Mount/Gunung Kinabalu
➤ Maragang Hill, Kundasang
➤ Bukit Selomitha, Keningau
➤ Bukit Bongol, Kota Belud
➤ Nulu Kebayau, Telipok, Kota Kinabalu
➤ Bukit Donguan, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Matanoi, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Sosodikon, Kundasang, Sabah
➤ Bukit Boya @ Outward Bound Sabah (OBS)
➤ Bukit Botak @Gundul , Sepanggar
➤ Bukit Nuluh Lapai, Kg Lapasan, Telipok
➤ Bukit Trig, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Kapur, Kg.Rongolis Topokon, Tuaran
➤ Bukit Padang, Kota Kinabalu
➤ Bukit Kopungit, Kepayan
➤ Bukit Merah, Karambunai



You May Also Like

0 comments