Maragang Hill | Kundasang | Sabah

by - December 21, 2018


Bukit Maragang terletak di Kg.Mesilou, Kundasang Sabah. Orang awam tidak dibenarkan mendaki tanpa Guide/malim . Anda perlu membuat tempahan (Call/Walk-in) /mendaftar terlebih dahulu di Pejabat Pengurusan Mesilou Volunteer Club (MEVOC) . "Maragang" - Monyet Merah yang terdapat di Bukit ini. Kalau bertuah, boleh lah korang jumpa...



BAGAIMANA CARA HIKING KE MARAGANG HILL?
1) Buat tempahan terlebih dahulu (Call/Whatsapp) nombor yang diberi dalam Facebook Maragang HILL
2) Pergi ke Pejabat Pengurusan MEVOC ketika hari pendakian (rujuk map dibawah)
3) BAYAR YURAN : Bergantung kepada pakej yang anda pilih ketika membuat tempahan. Kami memilih Pakej LOOP TRAIL (RM170/group). Max seorang guide 5 orang pendaki. So, kalau 3 orang dalam RM57 seorang.
4) TIDAK PERLU pandu kereta sendiri untuk ke Starting Point Pendakian Bukit Maragang. Pihak Pengurusan akan menyediakan kenderaan (sudah termasuk dalam pakej Yuran)
5) Selamat mendaki..hahaha


LOKASI
Pejabat MEVOC terletak berdekatan dengan Pusat Internet Kg.Mesilou dan Homestay SULAP Inap Desa . So, boleh set destination dalam google map "Pusat Internet Kg.Mesilou"





Pejabat Pengurusan MEVOC. Berdekatan dengan Pusat Internet Kg.Mesilou
(Gambar selepas tamat hiking with our Guide)


INFO TAMBAHAN :
Waktu Pendakian : terpulang kepada anda TAPI! dicadangkan Hiking ikut masa pendakian "Catch Sunrise" - 5.30am sebab Insyallah kalau ada rezeki anda boleh tengok Gunung Kinabalu dengan jelas setelah sampai di Puncak. Memandangkan kami start mendaki lewat (8am) so, kami tidak berpeluang melihat Pemandangan Gunung Kinabalu di Puncak Maragang Hill ini.

Anggaran Selesai Pendakian (Naik & Turun) - PAKEJ LOOP TRAIL : 3-4 jam

KHIDMAT GUIDE : WAJIB!

TIPS PENTING! 
Pakai kasut 'bergigi' haha! Sebab Laluan licin dan berlumpur. Guide akan candangkan anda pakai kasut "Adidas Kampung". Kenapa?? semasa hiking, ada 2 org pendaki lain pakai kasut sneakers (tapak tiada gigi) beberapa kali jatuh semasa turun bukit sebab licin.


OK, siap membebel. Jom layan gambar dibawah untuk tengok trail Maragang Hill ni.
Siap daftar & bayar yuran; kami dibawa ke Starting Point Maragang Hill. Mau Adventure konon, so kami pilih untuk duduk di belakang pikap ni. haha
On the way~

LALUAN NAIK
Pakej NORMAL : Laluan Mendaki dan Turun adalah SAMA
Pakej LOOP TRAIL : Laluan Mendaki BERBEZA dengan Laluan Turun
Starting Point Pakej NORMAL & LOOP TRALI = SAMA


OK, start hiking 8AM ~ Laluan ni memang curam lah.


Pandang belakang. View sebelum masuk kawasan hutan/pokok/tanah berlumpur


OK, di sini permulaan laluan redup mendamaikan tetapi sangat mencabar sebab laluan licin


"Growth is painful. Change is Painful. But nothing is as Painful as staying stuck somewhere you don't belong" - Mandy Hale


"Its okay to restart and recreate. Don't spend time beating yourself up over something that went wrong. There's always another chance" - unknown


Ha..ini dia contoh "Adidas Kampung"


Tengoklah laluan tu...sebab tu kena pakai kasut tapak bergigi

"Whatever life takes away from you, let it go" - Miguel Ruiz
Mossy Forest ~


Hati-Hati tengok jalan ~


Basah.Licin.Lumpur


Sampai 1KM
Teruskan Pendakian~ Nice untuk ambik gambar


Model tidak berbayar~ hahaha


C Angkol Guide cakap mau gambar ni yang fotostat, tidak mau yang kena print atau d facebook. ahahhaa~ kasi femes sini la angkol


Sampai di Pengimpaan Point yo~


"Clear your mind. Your heart is trying to tell you something" - Unknown


Sampai di Kilometer 1.5


Kalau ada model yang sudi duduk situ lumpur ,nice ni... ahaha


Jadi begini sebab sudah ramai pendaki yang lalu sini sebelum kami.


"Do everything with a good heart and expect nothing in return"


Raman. Rama & our Guide Pn.Aziah





Sampai di Kilometer 1.7


Wefie with budak baru konvo, junior dan sannaa c kakak. hahaha


Sinar cahaya~ Keluar dari hutan . hahaha
Yeah! sampai di Puncak . 10AM
Kami sampai memang ramai orang di Puncak ni. Sebab hari Ahad kan~~
So, kalau korang mau privacy sikit, mendaki hari bekerja.


Sabah Tanah Airku

Tunggu giliran ambil gambar. Ramai sangat yang mau ambil moment




Kalau mendaki awal after Subuh boleh nampak pemandangan Gunung Kinabalu di belakang 'Takhta Femes' Maragang Hill ni . Kami lewat, jadi nampak kabus saja gaisss~~ 
Boleh tengok Facebook Maragang HILL kalau mau tengok view yang nampak Gunung Kinabalu
Gambar sopan


Gambar gila


Gambar poyo


Macam-macam aksi dibelakang tu
With two cool kids~ . Masa ni gerimis pun mengundang...kami pun turun lah..
LALUAN TURUN (PAKEJ LOOP TRAIL)


I tell you, setiap sudut jalan bukit ni nice tempat photoshoot


Laluan turun Pakej Loop Trail panjang berbanding Laluan naik tadi. Memang menguji ketahanan Lutut dan ibu jari kaki


ok, di sini kami mula stuck sebab ada beberapa pendaki juga yang turun


Sungguh indah ciptaan Allah~ pokok rare


"As long as you feel pain, you're still alive"
"As long as you make mistakes, you're still human"


"As long as you keep trying, there's still hope"




Hati-hati turun tangga. Licin sebab diselaputi lumpur


"Your blessings are bigger than what's stressing you out"- Idil Ahmed


Air segar. boleh minum terus~
Hold on


You almost there~


Ok. last laluan turun yang mencabar




Anda akan ikut laluan sungai jika memilih Pakej Loop Trail


No secret. No Shortcut. Just Hard Work~


Eh..belum sampai penamat. jalan lagi~


Berkabus walaupun sudah hampir 12PM


Lalu kawasan ni. Buka coming soon. Cantik! depan ada sungai


tidak nampak sungai sebab berkabus. Selamat Sampai penamat turun 12PM


Lepas tu kami dijemput oleh kenderaan yang disediakan oleh Pihak Pengurusan bersama Guide


Ambil sijil buat kenangan pertama kali hiking di Maragang Hill. Sijil RM5 (tidak termasuk dalam yuran)

TEMPAT MAKAN BEST berdekatan dengan Pejabat MEVOC : Gerai makan kecil berwarna merah - boleh jalan kaki (lupa ambil gambar) . Ayam Penyet dia memang sedap!!! HALAL ya..hahaha

TEMPAT MANDI/TANDAS : Sebelah SULAP Inap Desa (bayar RM0.5-RM1)

TEMPAT SOLAT : Masjid Kg.Mesilou / Masjid Jamek Kundasang (boleh tanya orang lokal kalau xtahu)

Ok, semoga bermanfaat

Dengan melihat alam, kamu akan merasakan keAgungan ciptaan Allah Yang Maha Besar

 Terima Kasih Pn.Aziah menjaga kami bertiga~




Boleh check Gambar-gambar Gunung/Bukit lain pula (klik nama Gunung/Bukit dalam list dibawah ini):
 Lombong Mamut, Ranau
➤ Maliau Basin,Sabah
 Mara Kara Hill, Tamparuli
 Gunung Wakid, Tambunan
➤ Bukit Tuah, Kota Kinabalu
➤ Bukit Balibata, Beaufort
➤ Monggiland Waterfall, Tamparuli
 Aura Montoria, Kota Belud
➤ Mount Trus Madi - Via Sinua
➤ Mount/Gunung Kinabalu
➤ Maragang Hill, Kundasang
➤ Bukit Selomitha, Keningau
➤ Bukit Bongol, Kota Belud
➤ Nulu Kebayau, Telipok, Kota Kinabalu
➤ Bukit Donguan, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Matanoi, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Sosodikon, Kundasang, Sabah
➤ Bukit Boya @ Outward Bound Sabah (OBS)
➤ Bukit Botak @Gundul , Sepanggar
➤ Bukit Nuluh Lapai, Kg Lapasan, Telipok
➤ Bukit Trig, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Kapur, Kg.Rongolis Topokon, Tuaran
➤ Bukit Padang, Kota Kinabalu
➤ Bukit Kopungit, Kepayan

➤ Bukit Merah, Karambunai

You May Also Like

0 comments