Bukit Nulu Kebayau | Telipok | Kota Kinabalu | Sabah

by - December 28, 2018

Bukit Nulu Kebayau | Telipok | Kota Kinabalu | Sabah

Nulu Kebayau terletak di Kampung Kebayau, Telipok, Sabah . Bagi yang bercadang hiking di Nulu Kebayau dinasihatkan hiking bersama Guide yang bertugas. Anda boleh menghubungi pihak pengurusan di talian yang dipaparkan dalam Facebook Nulu Kebayau

Terdapat beberapa Bukit di Nulu Kebayau ini. Saya dan team hiking di 3 bukit iaitu Bukit 1- Nogutas, Bukit 2-Unknown name (hahaha) dan Bukit 3-Lapai pada 25/11/2018. Laluan mencabar dan Props di Puncak Bukit sangat cantik! macam di Jogja gaiss... Pada 2017, saya pernah hiking di Nulu Kebayau ini tapi masa tu cuma ada 1 bukit sahaja (banyak perubahan)



LOKASI NULU KEBAYAU, TELIPOK
Staring point/ruang parking kereta terletak berdekatan dengan SK.Kebayau. So, anda boleh set destination "SK Kebayau Telipok" -  rujuk map dibawah



YURAN : RM8 /person (yuran mungkin berubah, sila hubungi pihak pengurusan untuk maklumat lanjut)

ANGGARAN Masa Selesai Hiking 3 bukit : 3-4 jam



Simpang masuk ke Nulu Kebayau.
Starting Point/pondok pendaftaran terletak di Padang SK.Kebayau Telipok
Struktur jalan masuk -berbatu tapi jangan risau kereta kecil pun boleh lalu. Jalan raya kini lebih baik berbanding tahun 2017
Selepas 2.8Km dari simpang masuk tadi anda sampai di kawasan Parking kereta & Kaunter Pendaftaran.
LALUAN KE BUKIT NULU KEBAYAU
Laluan terpulang kepada anda sama ada try Bukit Nogutas / Bukit Lapai. Kami memilih untuk memulakan pendakian di Bukit 1- Nogutas kemudian Bukit 2-Tidak tahu nama bukit & paling last Bukit 3-Lapai. Antara ketiga tiga bukit, Bukit Nogutas paling mencabar.

LALUAN KE BUKIT 1 - NOGUTAS
Laluan sebelah kiri - jalan raya sebelum turun ke kawasan sekolah. Parking kereta dikawasan padang, dan jalan kaki naik ke jalan raya sebelah kiri atas sekolah.


Naik ke jalan raya ni pun penat sudah. hahaaha
Jalan terus~ jangan masuk simpang jalan raya berbatu tu~
Jumpa mini waterfall~ Waterfall lah sangat
Jalan kaki sampai jumpa simpang ni yang ada tanda biru tu.
Terus terang jalan ni walaupun jalan kereta..tapi sangat curam!
Jalan terus~
Kamu kena cuba sendiri untuk merasakan kepenatan naik laluan ni, hahaha

Bukit ni memang sesuai untuk yang suka laluan mencabar!

Finally sampai! but wait! ni baru sampai di starting point Bukit 1-Nogutas! haha
Anggaran masa dari SK.Kebayau ke Starting Point Bukit 1 ni dalam 20-30 minit
Jauh + Curam!

Disini ada peniaga yang menjual makanan & Minuman.
Bukit 1-Nogutas : Starting dan End point tempat yang sama, cuma laluan yang berbeza.
Maksudnya, laluan naik tidak sama dengan laluan turun, tapi akan kembali tempat yang sama. (rujuk gambar)
Laluan naik Bukit 1-Nogutas
Laluan naik Bukit 1-Nogutas. Laluan santai pada mulanya~
bermulanya laluan curam
ding dong~ kawasan ni redup banyak pokok
Laluan naik Bukit 1-Nogutas
Laluan ada tali, memang curam
Laluan naik Bukit 1-Nogutas.
Anda akan sampai di Puncak Bukit 1 -Nogutas dalam masa 20-30 minit dari Starting point Bukit 1 tadi.
Puncak ni memang cantik! Tengok tu ada pondok-pondok atas pokok. 
Props di Bukit 1-Nogutas
Nice! boleh nampak Gunung Kinabalu - masa ni jam menunjukkan 8.03pagi
Cantik kan...Kalau kamu mendaki di sini tolong jaga props yang ada. Penat tau buat ni~
Gambar atas pondok pokok tadi
S E L F I E ~
NK - Nulu Kebayau
My Land Below The Wind ~

Setelah beberapa minit berehat dan ambil gambar kami teruskan perjalanan turun dari Bukit 1 menujuk Bukit 2.

Jom turun dari Bukit 1~


Laluan Turun Bukit 1-Nogutas
"Never Give Up on Allah's mercy"
Laluan turun yang curam (ada tali)
Nice laluan ni~
Yeah! masuk seolah oleh dalam terowong. hahaha~
Lalu kawasan kebun ada tanam nanas.
Mohon jangan rosakkan sebarang tumbuhan sepanjang pendakian anda
OK. Selesai Bukit 1-Nogutas. Sambung Bukit 2, starting point Bukit 2 rujuk gambar.
Anggaran masa turun dari Bukit 1 : 15 minit

LALUAN BUKIT 2
Starting point Bukit 2 berdepan dengan Bukit 1, sila rujuk gambar diatas.
Laluan Bukit 2 bersambung ke Bukit 3, anda tidak akan kembali ke starting Point Bukit 2 seperti Bukit 1 tadi. Laluan Bukit 2 agak mencabar. Lets see~

Start mendaki di Bukit 2
Laluan Naik Bukit 2
Kawasan laluan santai-santai, Laluan naik ke Bukit 2
Jungle trekking~
Start laluan curam. Laluan Naik ke Bukit 2

Laluan curam Bukit 2

Disediakan tali untuk berpaut

Kawasan tumbuhan pepaku~

"Lepaskan masa lalu dan masa lalu akan membiarkanmu pergi"

Laluan santai

Sampai Puncak Bukit 2. Disini tidak ada Props menarik seperti di Bukit 1 & 3.
Depan tempat santai. Kiri laluan ke Bukit 3. Tapi kami rehat sekejap di kawasan depan tu
Anggaran sampai ke Puncak Bukit 2- 25 minit 

Kami santai disini sekejap~

Boleh tengok view Gunung Kinabalu juga~

Menikmati ais krim gaisss~~
Patah balik untuk sambung ke Bukit 3 - Laluan ni agak mengelirukan bagi yang tidak pernah ke sini sebab tidak ada tag jalan. Sebab itu anda dinasihatkan untuk ikut Guide supaya tidak sesat.

LALUAN KE BUKIT 3-LAPAI
Laluan Bukit 2 bersambung terus ke Bukit 3


Laluan Bukit 2 ke Bukit 3 ni agak santai

Teruskan berjalan~
BUKIT 3
Anggaran masa hiking Bukit 2 ke Bukit 3 : 20-20 minit

Ha..ni lah Bukit ke 3- Lapai. Cantik Props disini, siapa kaki gambar tu boleh la try bukit ni
yang berbadan pendek saja yang muat ni. hahahaha
Macam ni boleh muat. ahaha. Cantik lah props ni!
Gambar ni snap dari props segi tiga tu
Pandang belakang. Gambar sumbangan drpd my junior, Raman. tq Man!


Props ala-ala Kapal Laut . Bukit 3-Lapai
Nice View + Nice Props
Mengapa takut untuk berjalan...
sedangkan kita punya sepasang kaki...
Yang boleh berjalan dan berlari..

Mengapa takut untuk berjuang...
Sedangkan kita punya Allah..
Yang sentiasa selalu disisi....
Us~ Nulu Kebayau - Lapai
Nice props gaiss~~
Boleh duduk ambik gambar like a king/queen disini. ada tulisan LAPAI
This one also~ nice
Pondok-pondok kecil gaiss~
Laluan turun dekat props pondok ni
Ok.Jom turun dari Bukit 3-Lapai
Laluan santai turun dari Bukit 3
Laluan turun ni agak curam
Dalam masa 10 minit dari Puncak tadi anda sampai di bawah ni.
Kalau mau hiking di Bukit Lapai sahaja, boleh start hiking dari point ni.
Lepas tu kena jalan kaki untuk kembali ke Pondok Pendaftaran/tempat parking kereta 
Jalan agak jauh. 20 minit baru sampai (jalan santai santai)

Finally berjaya menghabiskan laluan 3 Bukit di Nulu Kebayau. Sekali lagi, yang pertama kali hiking disini dinasihatkan membawa/menggunakan khidmat Guide.

Laluan sangat panjang dan mencabar tapi sangat berbaloi lah dengan props di puncak yang memang kreatif + View yang tenang.

Semoga bermanfaat

"Perjuangan dalam hidup tidak hanya untuk meraih kejayaan dan kebahagiaan, tapi juga menjadi jiwa yang tegar dan kuat dalam menjalani setiap liku liku kehidupan. Lakukan semua dengan ikhlas dan sabar, tentu hal ini juga bisa dirempuhi dengan rasa syukur yang tinggi"



Boleh check Gambar-gambar Gunung/Bukit lain pula (klik nama Gunung/Bukit dalam list dibawah ini):
 Mara Kara Hill, Tamparuli  Gunung Wakid, Tambunan
➤ Bukit Tuah, Kota Kinabalu
➤ Bukit Balibata, Beaufort
➤ Monggiland Waterfall, Tamparuli
 Aura Montoria, Kota Belud
➤ Mount Trus Madi - Via Sinua
➤ Mount/Gunung Kinabalu
➤ Maragang Hill, Kundasang
➤ Bukit Selomitha, Keningau
➤ Bukit Bongol, Kota Belud
➤ Nulu Kebayau, Telipok, Kota Kinabalu
➤ Bukit Donguan, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Matanoi, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Sosodikon, Kundasang, Sabah
➤ Bukit Boya @ Outward Bound Sabah (OBS)
➤ Bukit Botak @Gundul , Sepanggar
➤ Bukit Nuluh Lapai, Kg Lapasan, Telipok
➤ Bukit Trig, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Kapur, Kg.Rongolis Topokon, Tuaran
➤ Bukit Padang, Kota Kinabalu
➤ Bukit Kopungit, Kepayan
➤ Bukit Merah, Karambunai

You May Also Like

0 comments