Monggiland Waterfall | Hiking,Canyoning + Picnic

by - March 29, 2019


Monggiland Waterfall terletak di Kg.Kelawat, Jalan Tamparuli-Ranau,Sabah merupakan port Hiking, Air Terjun, Canyoning dan ada juga ATV. Bagi kaki hiking anda perlu mencuba hiking di Monggiland Waterfall ni, trail sangat mencabar (Pakej Trail C : 9KM).



LOKASI
Boleh Search dalam Google Maps atau Waze "Monggiland Waterfall" , starting point terletak berdekatan dengan SK Kampung Kelawat, Tamparuli.
Link Map : https://goo.gl/maps/xTYotGNJ4S92

MACAM MANA SAYA MAU HIKING DISINI?
Buat Tempahan awal, ambil contact no di Facebook MonggiLand Waterfall atau try PM FB diorang.

YURAN
Terdapat 3 pilihan pakej untuk hiking di Monggiland ini iaitu :
1) TRAIL A(2.5KM) 
     - RM50/1 group/5pax/
     - 2 Waterfall 1 Guide

2) TRAIL B (4.5KM) 
    - RM75/1 group/5pax/ 8 Waterfall/
    - 1 Guide/ Jungle Tracking/Mini Rock Climbing/ River Hike (Extreme Trail)

3) TRAIL C (9KM) 
 -  RM150/1 group/5pax/ 1 Guide
 - 8 Waterfall+ Virgin Forest + Penuhu Tower (18foot)Jungle Tracking/Mini Rock Climbing/ River Hike (Extreme Trail)

So, pandai pandailah kamu bahagi Yuran tu. Kami ada 28 orang, seorang bayar RM35 (termasuk sijil) - Trail C . Lagi ramai, lagi murah

Yuran Canyoning = RM20/perhead
Yuran mungkin akan berubah dari masa ke semasa, sila rujuk Facebook MonggiLand Waterfall untuk maklumat lanjut.
Kami memilih Pakej TRAIL C 9KM

APA PERLU DIBAWA?
- Glove/Sarung tangan : Sangat penting bagi yang memilih Trail 9KM sebab trail sangat curam, anda perlu berpaut dengan tali. Kalau tiada glove, nanti sakit tangan.
- Bekal Makanan & Minuman - perjalanan jauh 9KM hiking tu!
- Pakaian Salinan
- Keperluan Solat

OK,Mari Kita mulakan cerita Perjalanan Hiking di Monggiland Waterfall ni (Trail 9KM)
Sebelum ke sini, kami telah membuat tempahan awal. Terima Kasih Kak Ayu sebab tolong uruskan perjalanan.


Ini starting point untuk Hiking di Monggiland Waterfall. Tepi Jalan Tamparuli-Ranau, berdekatan dengan SK Kg.Kelawat Tamparuli


Sebelum tu, pastikan semua Ahli kumpulan anda daftar nama di Kaunter Pendaftaran


Sebelum start hiking, pendaki akan diberi taklimat terlebih dahulu


6.40AM kami memulakan perjalanan. Starting point akan melalui kawasan Sekolah
Trail C :- Pendaki tidak akan melalui jalan yang sama semasa kembali ke Starting Point tadi


Laluan ini nampak tenang pada mulanya...


Jalan penuh bertenaga....


Trail tenang diposisi 


Sudah 1KM berjalan : 6.50AM
Jalan terus, sehingga sampai di kawasan ni. Maka bermula lah trail yang agak mencabar
Trail ni kena turun,turun dan terus turun.


Tapi sebelum tu, berhenti sekejap pandang pemandangan sebelah Kiri!


Turun lagi, laluan agak curam. Time ni kamu belum jumpa trail yang ada tali


Ambil gambar sekejap ja, nanti kena kasi tinggal. Laju diorang
So, i pun terpaksa ikut steps otai hikers ni. ahahaha


2KM : 7.10AM 
Turun terus


Trail ni kena banyak berpaut pada pokok dan akar, sebab tu kena pakai glove


Ok, selepas laluan turun hampir 2.3KM , jumpa laluan naik yang memenatkan.
Sebelum laluan naik ni, ada kawasan teduh untuk berehat


Nampak tali tu? kalau ada trail ada tali tu tandanya curam


Keep on climbing


2.5KM : 7.27AM


7.34AM kami sampai di Checkpoint Menara. Tinggi Menara diorang ni. hahaha
Menara original Sabahan
i asked friend to take my photo atas menara ni, but tidak seperti diinginkan, wakkwkwkw
so i took a selfie walaupun nampak urat dikepala disitu...its better than the one kena ambil.


Pandangan dari atas menara
Ini sebahagian group kami, masih ada ramai belum sampai


Selepas checkpoint menara tu, masuk lah laluan mencabar...
naik dan terus naik.....
Rehat melepaskan lelah


Naik lagi


Naik...


Baru 3KM??? - 8.07AM


"The struggle you're facing is a test to see if you're truly committed to the life you say you want"
bukan biasa-biasa....


Bukit Tongkat Ali - 8.16AM
Serabai ja muka ku sana. Ya Ampun . Penat siot~
Laluan agak tenang sedikit di Kawasan Bukit Tongkat Ali tadi


Tenang sebentar, ombak ujian melanda lagi...hahahaha


Sampai di KM3.5 :- 8.22AM


Tenang sebentar


Naik lagi!!!!


Sampai di KM4.0 :- 8.38AM
chillax di KM 4.0


Selepas rehat, sambung perjalanan
Trail Turun lepas KM4.0 tadi


Turun dan turun sehingga jumpa laluan agak tenang


Dipersilakan masuk secara bergilir-gilir
Laluan turun yang sangat curam


sila berhati-hati


Bawa glove!


Trail ni bukan main-main~ hahaha
Rock climbing?


Menjunam ke bawah


Rock climbing gaiss! bukan biasa-biasa punya trail


Pandangan dari bawah 'rock climbing' tadi
Mau tau kecuraman dia? try la sendiri


Laluan tenang sebelum meneruskan perjalanan dengan laluan anak sungai/air terjun


but before that, let me take a photo
dengan menggunakan selftimer
Maka bermula lah laluan anak sungai dan Air Terjun


A selftimer photo


5.5KM, 9.52AM : Sampai di Tutuhuon Waterfall
Tutuhuon Waterfall : Port tempat mandi manda


Tutuhuon Waterfall


Mandi sambil layan kuaci
Terima Kasih yang membawa bekalan ni. hahaha


Selepas 35 Minit mandi manda, kami meneruskan perjalanan sampai lah di Waterfall ni (entah apa nama dia ni) hahaha. Nampak diorang diatas tu? Untuk sampai ke sana kena lalu trail dibawah. hem.....


Bukan main curam dia...hahaha. Jangan risau, ada tali. Bawa glove kalau mau hiking disini! (entah berapa kali mau pesan kan...) hahaha
Masih dalam trail anak sungai/air terjun




Waterfall lagi, stop untuk ambil gambar ja. kalau kau mandi sini entah bila mau sampai di Waterfall yang utama


Husband and Wife : Carilah pasangan hidup yang memahami minat kita. Tidak semestinya mempunyai minat yang sama, cukup dia faham.

Sudah sy cakap dari awal kan trail Monggiland ni memang mantap. ahhaha


6.0KM


11.00AM Kami tiba di Monggiland Waterfall
Ha..ini lah Air Terjun utama trail "Monggiland Waterfall" ni
Ketinggian : 121 Kaki |  Kecuraman: 80 Degree!!!




Di sinilah aktiviti Canyoning dijalankan
YURAN:
Package A - RM56/pax (Canyoning Only)/ Min Request 3pax
Package B - RM20/pax (Canyoning + Any Trail (A,B,C)/ Min Request 3pax
Yuran perlu dibayar masa pendaftaran tadi
Saya hampir beku kesejukan tunggu diorang habis Canyoning ni
Selftimer is always my best 'photographer'
Makan dan makan dan makan
Kau xtau berapa jam saya duduk tunggu 


4 jam tunggu tau!
Sukarelawan Tukang rekod video
mau beku otak sis
Lama sebab ramai yang try Canyoning
Yang mau solat korang cari la mana mana port tempat solat, Air Wudu' boleh ambil di Waterfall kecil sebelah Monggiland Waterfall tu
Finally 4.30PM bergerak balik ke Starting point dari Checkpoint Monggiland Waterfall tadi
Kau bayangkan lah dari 11am tadi sis tunggu


6.5KM : Tak sabar rasanya mau sampai


naik...


Jumpa pondok, lepas tu trail jalan raya
Agak curam...


Time ni rasa macam mau nangis sebab penat sudah. ahahahaha


Kenapa xsampai sampai lagi ni??!!!


OK Sampai! ahahah
Yang pondok putih tu tandas dan tempat mandi


Sampai!!! Jangan lupa ambil sijil
 Sebelum balik, mandi di tempat yang disediakan, balik dan rehat!

Ini Team Kami hiking tadi - Kasi femes diorang disini, gambar i hentam curi dari FB diorang , wakwkwkwkw:

My Team
Team Pemajal Hikers (Sipitang) + Penggagahi Hikers (Weston)
Permohonan Maaf Secara terbuka sebab kami lambat sampai membuatkan mereka ini menunggu =(
Kasi femes...hahah suka hati jak

Kasi femes. nanti ada orang bising "indada mukaku" 



OK bai.... penat upload
Saya sedikit kecewa dengan diri sendiri sebab tidak cek bateri camera sebelum jalan. Jadi, terpaksa ambil gambar guna Camera HP yang kualitinya agak mendukacitakan sebab bukan low-light punya camera. So, before hiking cek bateri & memory card , Pastikan OK! Sekian pesanan


Arbaya AZ ,  
Monggiland Waterfall
03/03/2019

Boleh check Gambar-gambar Gunung/Bukit lain pula (klik nama Gunung/Bukit dalam list dibawah ini):
 Lombong Mamut, Ranau
➤ Maliau Basin,Sabah
 Mara Kara Hill, Tamparuli
 Gunung Wakid, Tambunan
➤ Bukit Tuah, Kota Kinabalu
➤ Bukit Balibata, Beaufort
➤ Monggiland Waterfall, Tamparuli
 Aura Montoria, Kota Belud
➤ Mount Trus Madi - Via Sinua
➤ Mount/Gunung Kinabalu
➤ Maragang Hill, Kundasang
➤ Bukit Selomitha, Keningau
➤ Bukit Bongol, Kota Belud
➤ Nulu Kebayau, Telipok, Kota Kinabalu
➤ Bukit Donguan, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Matanoi, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Sosodikon, Kundasang, Sabah
➤ Bukit Boya @ Outward Bound Sabah (OBS)
➤ Bukit Botak @Gundul , Sepanggar
➤ Bukit Nuluh Lapai, Kg Lapasan, Telipok
➤ Bukit Trig, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Kapur, Kg.Rongolis Topokon, Tuaran
➤ Bukit Padang, Kota Kinabalu
➤ Bukit Kopungit, Kepayan
➤ Bukit Merah, Karambunai



You May Also Like

0 comments